in ,

NCIG Buka Cawangan Pertama di Desa Seri Hartamas

Produk alternatif berhenti merokok, NCIG kini semakin mengorak langkah apabila membuka cawangan N Store pertama di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, hari ini.

Pemilihan lokasi yang stratergik dan mudah diakses, N Store kini menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna peranti ini yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk berhenti merokok.

NCIG MEMBUKA CAWANGAN PERTAMA DI DESA SERI HARTAMAS

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan PakDin berkata: “ Pembukaan cawangan pertama ini sangat dinantikan oleh semua pengguna kami seramai 60,000 rakyat Malaysia yang sudah pun menggunakan alat peranti ini.
 
“Kami juga dalam perancangan untuk membuka dua lagi cawangan baru iaitu di sekitar Kuala Lumpur. Pembukaan cawangan N Store adalah antara matlamat kami sejak pembangunan NCIG pada Februari tahun lalu.

“Kewujudan NStore ini adalah untuk menyenangkan pelbagai pihak dari agen, distributor dan pelanggan kami. Disini kami menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya pelanggan dapat rasa perisa ataupun peranti baru sebelum pembelian.
 
“ Kami juga amat mementingkan kualiti supaya pengguna dapat merasai pengalaman sebelum dan selepas menggunakan NCIG,” katanya.

NCIG MEMBUKA CAWANGAN PERTAMA DI DESA SERI HARTAMAS

Menurut PakDin, pembukaan N Store turut membantu pengguna NCIG untuk memperoleh sebarang maklumat atau promosi selain tuntutan waranti yang sangat mudah tidaklah perlu menunggu selama lima hari bekerja.

“ Dengan adanya N Store ini kami dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa NCIG adalah sebuah jenama yang sangat diversiti dan ianya boleh menjadi salah satu peranti utama untuk berhenti merokok” katanya lagi.

Selain pembukaan cawangan pertamanya , NCIG turut melancarkan dua perisa baharu untuk mereka yang ingin berhenti merokok.

NCIG MEMBUKA CAWANGAN PERTAMA DI DESA SERI HARTAMAS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amerul Affendi

Komen Amerul Affendi Selepas Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik AIFFA 2019

TAKKAN TERLERAI Taruhan Terbaru Duet Syamel & Ernie Zakri