in , ,

“Tiada Niat Caras Sesiapa, Mahu Bantu Usahawan Melayu,” – Ifa Raziah

Penyanyi Ifa Raziah menyatakan dirinya tidak berniat untuk mencaras mana-mana pihak berhubung penganjuran festival Star Vendors Raya Fest di PWTC pada 24 hingga 26 Mei nanti.

Ifa Raziah berkata, tujuan dia menganjurkan festival Star Vendors Raya Fest adalah semata-mata mahu membantu usahawan Melayu yang ingin berniaga ketika bulan puasa, bukan nak mencaras sesiapa.

Ifa Raziah

“Sebelum ini saya memang pernah bekerjasama dengan sebuah penganjur festival. Namun, tahun ini sudah menjadi rezeki saya pula untuk bertindak sebagai penganjur Star Vendors Raya Fest.

“Jadi, tidak timbul isu mencaras mana-mana pihak. Lagipun saya menjalani sesi pitching selama dua minggu dan sudah membuat bayaran kepada pihak PWTC,”

– Ifa Raziah

Pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 453 buah booth dengan harga yang berpatutan.

Ifa Raziah membuat sidang akhbar berkenaan bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan vendor yang ingin mendapatkan booth untuk berniaga.

Ifa Raziah

Difahamkan, terdapat sebuah lagi penganjur festival jualan yang dikatakan mahu menganjurkan acara di lokasi serta tarikh yang sama dengan penganjuran Star Vendors Raya Fest.

Malah, penganjur tersebut sudah memuat naik iklan penganjuran di laman sosial Instagram.

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran Komunikasi PWTC, Intan Tantiyana Puteri Jaafar turut mengesahkan tentang penganjuran festival yang akan berlangsung nanti.

Ifa Raziah

Jelasnya, setakat ini hanya Star Vendor Raya Fest sahaja yang telah diberikan persetujuan oleh pihak PWTC untuk menganjurkannya.

“Setakat ini hanya pihak Star Vendors Raya Fest sahaja yang sudah membuat pembayaran kepada kami untuk menganjurkan festival ini.

“Kalau ada pihak lain yang ingin menganjurkannya, terpulang kepada mereka kerana PWTC mempunyai banyak lagi ruang sekiranya mahu menganjurkan festival yang sama,”

– Ifa Raziah

Setakat ini, seramai 40 artis yang sudah mengesahkan untuk terbabit dalam acara festival yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.

Sumber: Kopiplanet.com

Ifa Raziah
Ifa Raziah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kaer Padam Gambar Lama, Buka Instagram dengan Nama Baru

Walau Dah Berhijab, Jihan Muse Tak Akan Ubah Perwatakan