in , ,

Emma Buka Tudung, Nama Syed Abdullah Sasaran Netizen

Gara-gara pengakuan Emma Maembong yang mengesahkan dirinya tidak lagi berhijab selepas lima tahun, laman sosial jejaka yang dikatakan rapat dengannya turut menjadi sasaran serangan netizen.

Laman Instagram Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dibanjiri pelbagai komen, malah ada yang menuding jari menuduhnya sebagai penyebab Emma, 27, mengambil keputusan itu.

Dalam satu komen balas, Syed Abdullah mengakui, kecewa apabila dirinya dikatakan sebagai punca Emma tidak tetap pendirian.

Emma Syed Abdullah

“Saya anggap semua ini sebagai cabaran. Terima kasih atas teguran, saya hargai komen ini,”

– Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

Meskipun menerima pelbagai komen negatif, Syed Abdullah tetap menghargai mereka yang positif dan berusaha menegurnya dengan baik.

Semalam, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, membuat pengakuan sudah tidak lagi berhijab sejak Isnin lalu.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu berkata, keputusan untuk tidak lagi bertudung dibuat bukan disebabkan kontroversi foto mesra bersama jejaka itu yang tular, baru-baru ini.

Emma Maembong Sah Tidak Bertudung

“Saya tahu ramai yang marah dan saya minta maaf. Biarlah keputusan ini antara saya dengan Allah. Lagipun, ia bukan keputusan yang dibuat secara mengejut, sebaliknya sudah lama saya fikirkan.”

“Setiap manusia membuat kesilapan. Keputusan saya ini memang salah, tetapi sudah sampai masa saya memikirkan kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri.

“Ketika bertudung dulu, tiada siapa yang suruh, ia dibuat atas kerelaan diri. Begitu juga keputusan untuk buka tudung, ia dibuat atas kehendak sendiri, bukan kerana orang lain,”

– Emma Maembong

Hubungan mesra pasangan itu mula dihidu apabila mereka kerap berkongsi gambar percutian bersama di laman sosial masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penglibatan Anda Dalam DFKL 2019 Kini Bermula!

Inspirasi Bersama Dato’ Seri Vida dalam OPEN FLOOR