in , , ,

Drama Trending PUJAAN HATI KANDA Tamat, Mira Filzah Rindu Iqy

Acara santai Viewing Party Episod Terakhir Drama PUJAAN HATI KANDA telah berlangsung dengan meriahnya pada 28 Januari 2019 lalu di GSC The Gardens, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Meriahnya bukan apa, semua pelakon drama ini hadir memberi sokongan dan mereka nampak sangat ceria melayan peminat bertuah yang hadir untuk bertemu mata dengan mereka.

Budiey sempat menemubual pelakon-pelakon PUJAAN HATI KANDA. Antaranya, sudah tentulah pelakon utamanya, Mira Filzah yang meluahkan rasa gembira kerana drama ini trending setiap episod di Youtube Malaysia. Mira juga kata dia sangat rindu dengan suasana dan hubungan antara Tiara dan Iqy sehingga dah sebati dalam rutin hidupnya. Uih, sampai macam tu sekali ya.

Selain itu, Mira juga akan merindui anak kepada Tiara iaitu Iqy yang comel tu.Jom kita tonton temubual eksklusif Budiey bersama Mira Filzah.

Tahniah buat semua krew dan pelakon terlibat dalam menjayakan drama PUJAAN HATI KANDA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Prelude AJL33 Yang Havoc

Hebat Vokal Adira Nyanyi PUJAAN HATI di Viewing Party