in ,

Gambar Sekitar Prelude AJL33 Yang Havoc

Lebih 1,500 para peminat diberi kesempatan untuk saksikan para finalis AJL33 kesayangan mereka melakukan persembahan secara langsung.

Prelude AJL33 yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A9 diadakan di KL Live, Kuala Lumpur pada 26hb Januari dari pukul 8.30 malam menampilkan para finalis AJL33 – Syamel, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Amylea X Kaer, Sufian Suhaimi, Ara Johari, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini. Serta penampilan istimewa dari Ismail Izzani, Nabila Razali dan Zaaim Mentor 7.

Syamel 4

BAHANG AJL 33 BERMULA SEMINGGU AWAL!

Malam yang dihoskan oleh Nana Mahazan, Haziq Hussni dan Aaron Al Fateh itu dipenuhi sorakan para peminat yang dihiburkan dengan lagu-lagu: Gemilang, Ikut Rentakku, Nisan Cinta, Vroom Vroom, Pematah Hati, Teman Bahagia, Tak Pernah Hilang, Takdir dan Waktu, Luar Biasa, Bidadari, Terasa Ada, Dimatamu, Paku, Bunga, Terus Mencintai, Hatiku Milikmu, Lebih Sempurna, Kau Pun Sama, Lelaki Teragung, Haram dan Jampi.

Lebih menarik pada malam tersebut, dua orang peminat berjaya memenangi sepasang tiket Arena dan sepasang tiket aras 3 untuk malam Anugerah Juara Lagu 33 dengan mempamerkan suara mereka. 

Peraduan Prelude AJL33 telah berlangsung pada 17hb Januari hingga 23hb Januari 2019. Para pemenang tiket ketika itu perlu memuat naik gambar huruf ‘A’ paling kreatif, disertakan kapsyen menarik dan sertakan #GalaxyA9 dantag @samsungmalaysia dan @tv3malaysia.

Para pemenang perlu hantar penyertaan mereka di ruang komen pengumuman peraduan Prelude AJL 33 di Facebook TV3Malaysia. 

Prelude AJL 33 juga boleh ditonton secara langsung di laman YouTube danFacebook TV3Malaysia, dilaman sesawang danaplikasi tonton serta di XTRA(www.xtra.com.my). Anugerah Juara Lagu 33 akan bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari pada pukul 9.00malam. Saksikan 12 buah lagu yang bakal berentap untuk gelaran Juara Lagu!

Syamel 1
Siti Nordiana 1
Kaer Azami 3
Sufian Suhaimi 4
Sufian Suhaimi 3
Nabila Razali 2
Nabila Razali 3
Hael Husaini 2
Dayang Nurfaizah 5
Dayang Nurfaizah _ Hael Husaini 4
Ara Johari 2
Dayang Nurfaizah _ Hael Husaini 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar ‘Panas’ Tersebar, Emma Maembong Mohon Maaf Mengaku Cuai

Drama PUJAAN HATI KANDA Tamat, Mira Filzah Rindu Iqy