in , ,

Pelancaran Muzik Video Single Fazura CAN’T FORGET ME

Tahniah buat Fazura yang telah berjaya melancarkan muzik video terbaharu berjudul CAN’T FORGET ME. Budiey telah menjadi antara orang yang pertama menonton di Fazura Top Secret Viewing Party semalam. Muzik video tu sangat international sifatnya. Sangat vass dan mantap sekali.

Pada jam 8 malam semalam, Budiey telah hadir buat liputan di Majlis Pelancaran Muzik Video Single Fazura berjudul CAN’T FORGET ME. Sebuah single yang menjadi penanda aras untuk lagu-lagu Fazura seterusnya bagi menghasilkan yang lebih baik dan lebih baik di masa mendatang. Acara santai dihadiri oleh media dan peminat Fazura itu diadakan di Lightboz, Sungai Buloh.

Untitled

Semasa sidang media, Fazura mengakui terpaksa menghadapi cabaran sukar ketika menjalani penggambaran klip video single terbarunya CAN’T FORGET ME

Lagu CAN’T FORGET ME ciptaan Fazura bersama komposer Willy Beaman dan Cameron Forbes ini akan disiarkan di saluran Youtube pada 18 Januari 2019 ini.

Fazura mengakui dia mengalami kecederaan selepas jatuh di set.

“Saya berdepan insiden yang membuatkan semua orang di set panik selepas jatuh ketika menjalani penggambaran. Bayangkan saya jatuh yang mana hentakan kuat terkena bahagian tulang keting. Memang sakit malah terasa sampai sekarang.

“ Ambil masa sebulan juga untuk pulih tetapi saya berpuas hati dengan hasil klip video Can’t Forget Me. Ia memang memberikan pengalaman yang cukup berharga,”

– Fazura
Untitled

Tambah Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, lirik lagu Can’t Forget Me ini didedikasi khas buat individu terutama wanita yang berdepan dengan masalah keyakinan diri.

“Jujurnya, saya juga tidak lari dari masa-masa yang tidak yakin dengan diri sendiri. Menerusi lagu ini, liriknya mengajar bukan sahaja kepada saya sahaja malah semua orang luar di sana perlu lihat dalam diri anda, sayangi diri sendiri seterusnya yakin dengan kemampuan.

“‘Just Love Yourself’ adalah amat penting bagi setiap individu. Lirik lagu ini seratus peratus mengenai memperkasakan kemampuan diri masing-masing,”

– Fazura

Tambahnya lagi, proses rakaman single ini dilakukan di Los Angeles yang mengambil masa sekitar hanya lima jam sahaja.

Lagu Can’t Forget Me bakal berada di semua platform digital bermula 18 Januari 2019 termasuklah di iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.

Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama PUJAAN HATI KANDA Trending di Youtube Malaysia

Al-Fatihah! Ibu Diana & Linda Rafar Meninggal Dunia