in , ,

Al-Fatihah! Ibu Diana & Linda Rafar Meninggal Dunia

Salam takziah dari kami di Budiey.com buat seluruh keluarga Linda Rafar yang kehilangan ibu tercinta pada malam tadi. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Memetik berita dari Berita Harian, ibu kepada selebriti popular Diana dan Linda Rafar iaitu Rasimah Abd Rahman, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA) akibat beberapa komplikasi, pada jam 9.30 malam tadi.

Diana berkongsi berita itu dengan memuat naik surah Al-Fatihah di laman Instagram, kira-kira sejam tadi.

“Kami reda dengan suratan ini. Selepas beberapa bulan diuji dengan macam-macam penyakit, ibu sangat kuat. Malah, sejak semalam ketika majlis bacaan Yasin, kami sekeluarga sudah ‘rasa’ lain. Ia macam isyarat yang ibu sudah mahu pergi,”

– Diana Rafar
Diana Rafar
IG Story Linda Rafar

Tambah Diana, antara kepayahan yang perlu diharungi adalah apabila tangan kiri arwah perlu dipotong akibat jangkitan kuman, bulan lalu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman sosial itu juga, Diana meminta orang ramai mendoakan arwah ibunya.

“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.

“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.

“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak,”

– IG Story Diana

Arwah meninggalkan enam anak, 17 cucu dan tiga cicit.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 9 pagi esok.

Semoga segalanya berjalan lancar.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelancaran Muzik Video Single Fazura CAN’T FORGET ME

Irfan Haris Tidak Berniat Cetus Kontroversi