in

Ini Senarai Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia

Nah! Yang ditunggu dah tiba! Mahal ke tak mahal, bagi Fan Boy luar sana sememangnya menantikan produk ini! Nak tahu senarai harganya, boleh tengok senarainya di bawah ini.

Buat anda semua peminat produk Apple yang menetap di Malaysia, sekarang ni dah boleh berlapang dada sebab Apple bakal bawa masuk produk terbaru ke negara ini. Ramai nak tahu harga… ya, Senarai Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia. Termasuklah produk terbaru Apple Watch Siri 4. Tak payah nak tunggu lama! Penantian bakal berakhir pada hari ini 19 Oktober 2018!

Ini Senarai Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia

Yes! Budiey pun tak sabar untuk tempah produk ni pada hari ini. Kalau nak cepat, boleh je terbang ke Singapura semata-mata nak beli jam canggih ni. Tapi masa Budiey kat Apple Store Singapura yang lalu, stok jam ni dah habis! Nampak sangat ianya laris macam pisang goreng panas!

Bagi peminat setia Apple Watch, Apple telah mengeluarkan harga rasmi bagi Apple Watch SIRI 4. Korang nak tahu berapa harganya? Layari laman web Apple Malaysia untuk kemaskini terkini.

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Apple Watch Siri 4 hadir dengan dua variasi saiz iaitu 40mm dan 44mm.

Budiey telah pun mendapatkan iPhone XS Max semasa di Singapura dengan harga yang lebih rendah dari Malaysia. Boleh tengok semula blog post yang sebelumnya. Baca di SINI.

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Harga jualan bagi Apple Watch Siri 4 (GPS) bermula pada tanda harga RM1,749.00 bagi saiz 40mm dan RM1,899.00 bagi saiz 44mm.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan model ini, anda boleh membuat pra tempah pada 19 Oktober 2018. Setakat jam 7 pagi ni, ianya masih lagi belum dibuka. Mungkin Budiey kena tunggu jam 10 pagi kot.

Setakat ini hanya versi GPS sahaja dijual dan bagi model selular tidak dapat dipastikan bilakah ia akan dijual memandangkan syarikat Telekomunikasi masih belum bersedia untuk memperkenalkan eSIM untuk Apple Watch.

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Dan Budiey akan pilih Gold Milanese Loop berharga RM659. Wow! Nampak cantik elegan dan sangat mewah warna keemasan ni.

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Selamat bershopping! Reka bentuk mana satu pilihan korang?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebelum Menonton, Ini Fakta Tentang GOL & GINCU VOL. 2

Tak Takut Ditenggelami Haiza, Forteen Jadikan Lagu SELURUH CINTA Terbaik