in ,

Cabaran Konsert GV5 Minggu 2 Bertemakan Dalam Diam Ku Mencintaimu

Konsert Gegar Vaganza musim kelima atau ‘GV5’ pusingan pertama bertemakan ‘Oh Dia Ke?’ yang berlangsung dengan penuh meriah Ahad lalu menyaksikan tiada sebarang penyingkiran diumumkan.

Ratu dangdut, Amelina mencuri perhatian juri dan penonton sewaktu mempersembahkan nyanyian medley lagu-lagu hits beliau sekaligus merangkul tempat pertama dengan markah tertinggi sebanyak 73.8%.

Manakala penyanyi Zamani turut menyerlah di tempat yang kedua dengan vokal yang cukup mantap sewaktu menyampaikan lagu ‘Gerimis Mengundang’. Dalam pada itu, kumpulan Forteen menerima Anugerah ‘Cuckoo Paling Gempak’ setelah menerima undian tertinggi menerusi platform digital.

Untuk konsert pusingan kedua yang bertemakan ‘Dalam Diam Ku Mencintaimu’, bintang-bintang ‘GV5’ diberi cabaran untuk menyanyikan lagu-lagu hits dalam kalangan rakan bintang ‘GV5’ yang turut bertanding musim ini. Amelina bakal menyanyikan lagu ‘Kembali Terjalin’ yang dipopularkan oleh Slam, Zamani (Andai oleh Dia Fadila), Shafie Rio (Vida oleh Phyne Ballerz), Mya Ruslee (Hilangkan Segalanya oleh Farawahida), Dia Fadila (Cerita Cinta oleh Noryn Aziz), Forteen (Manisnya Senyumanmu oleh Elite), Hetty Sarlene (Ah! Rindu Lagi oleh Amelina), Farawahida (Rindu Aku RIndu oleh Hetty Sarlene), Safura (Diari Biru oleh Mya Ruslee), Noryn Aziz (Trauma oleh Elite), Billy Zulkarnain (Mentari Muncul Lagi oleh Slam) dan Elite (Bulan Cinta oleh Amelina).

Nantikan Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Kedua) pada 7 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam yang bersiaran di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dipancarkan di saluran RIA & Ria HD.

Siapakah yang bakal tersingkir? Korang rasa?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

#LIVETHEMOMENT – CELEBRATE YOUR TRUE SELF

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular 2018 ABPBH 31