in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular 2018 ABPBH 31

Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pemenang Anugerah Bintang Popular 2018 ABPBH 31

Pada malam ini, 7 Oktober 2018 akan berlangsungnya Malam Kemuncak ABPBH 31 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 9 malam.

ABPBH 31 anugerah bintang popular

Budiey sekarang OTW ke PICC Putrajaya dan tak sabar nak menemubual semua pemenang malam ni. Haha.

Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31

Imej bersih dan bebas kontroversi, selain mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan menjadi antara faktor tarikan yang menjulang penyanyi, Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, sebentar tadi.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, Wany, 25, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar, selain menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Yang turut memberikan saingan bagi gelaran tertinggi pada acara kemuncak yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Emma Maembong dan Siti Nordiana.

Kemenangan itu melayakkan Wany yang juga lulusan Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam membawa pulang hadiah utama, kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 berserta trofi.

Terdahulu, Wany mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular, menghampakan pemenang edisi lalu, Siti Nordiana yang memberikan saingan sengit untuk membuktikan pengaruhnya di mata peminat.

Sementara itu, Khai tetap cemerlang apabila mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular, selain Fattah yang kembali diangkat peminat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, mengetepikan pencabar terdekatnya, Syafiq Kyle.

Bintang Tombiruo: Penunggu Rimba, Zul Ariffin pula mempertahankan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular,meninggalkan pencabarnya, Syamsul Yusof yang turut meraih undian selesa bagi kategori itu.

ABPBH 31 juga menyaksikan Neelofa buat kali kelima mengungguli trofi Pengacara TV Popular, menewaskan Mira Filzah dan Sherry Alhadad.

Neelofa juga menjadi pilihan peminat untuk memenangi kategori online, Artis Sensasi Popular.

Kegembiraan mereka turut dikongsi bersama Zizan Razak yang mempertahankan trofi Artis Komedi Popular, menghampakan Jep dan Mark Adam yang memberi saingan sengit bagi kategori itu.

Andai pada edisi lalu, Nur Fazura melangkah bergaya dengan trofi Pelakon Filem Wanita Popular, namun kali ini dia terpaksa akur dengan keampuhan Emma Maembong yang mengungguli kategori itu.

Isteri kepada Fattah itu bagaimanapun, tidak pulang hampa apabila mengetepikan pemenang tahun lalu, Janna Nick untuk membawa pulang trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Fazura turut menjadi pilihan peminat dalam kategori online apabila diangkat sebagai Pasangan Serasi Drama bersama suaminya, selain meraih trofi Pasangan Serasi Filem di samping gandingannya dalam J Revolusi, Zul Ariffin.

Sementara itu, Alif Satar yang menerima empat pencalonan dalam kategori utama ABPBH 31 menebus kekecewaannya tahun lalu apabila memenangi trofi Artis Versatil Popular.

Bapa kepada dua cahaya mata itu menghampakan pencabar terdekatnya, Azira Shafinaz dan Mira Filzah untuk kategori terbabit.

Yang turut cemerlang adalah Fendy Bakry yang memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular, manakala Farah Nabilah pula mara selesa sebagai Artis Baharu Wanita Popular dengan menghampakan Hannah Delisha.

Gandingan mantap Syamel dan Ernie Zakri pula menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, manakala penyampai Hot FM, Haziq mencipta kejutan apabila merampas trofi Penyampai Radio Popular daripada pemenang edisi lalu, Radin.

Untuk kategori online, dua bintang kanak-kanak menguasai kemenangan menerusi kejayaan Arif Jiwa sebagai Instafamous Cilik Popular, manakala Fatimah Omar Mukhlis (@theFamily.UK) meraih trofi Personaliti Media Sosial Popular.

Meskipun sudah dua dekad meninggalkan industri hiburan, keberkesanan dan kehebatannya beraksi di skrin televisyen serta layar lebar yang masih terpahat dalam ingatan ramai melayakkan bintang veteran, Noor Kumalasari untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Bintang yang pernah diangkat sebagai Model Of The Year 1978 itu melakar nama menerusi deretan filem hebat antaranya Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Bayangan Maut, selain turut dikenali sebagai penyanyi.

Noor, 62, yang digelar sebagai Bintang Air Mata pernah merakamkan 10 album solo dan popular menerusi lagu antaranya Mata, Lagu Dari Kamar, Hati Seorang Kekasih serta Pulang Di Hari Raya membawa pulang barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000 dan trofi.

Jom kita tengok dulu kategori yang bakal dipertandingkan.

SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 31

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Wany Hasrita

Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry

Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah

Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular: Nur Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Alif Satar

Pengacara TV Popular: Neelofa

Penyampai Radio Popular: Haziq (Hot FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Fattah Amin & Nur Fazura

Gandingan Serasi Filem Popular: Zul Ariffin & Nur Fazura

Artis Sensasi Popular: Neelofa

Instafamous Cilik Popular: Arif Jiwa

Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Konsert GV5 Minggu 2 Bertemakan Dalam Diam Ku Mencintaimu

Zulin Aziz Dedah Tak Jadi Kahwin, Putus Cinta Dengan Kekasih