in , ,

Cabaran Hidup Legenda Kung Fu dalam Filem Biografi BRUCE LEE, MY BROTHER

Bruce Lee merupakan legenda kungfu terkenal yang dilahirkan pada 27 November 1940 dan meninggal pada usia yang muda iaitu 20 Julai 1973 sewaktu berumur 32 tahun.

Banyak filem-filem lakonan mendiang yang masih diingati sehingga kini. Tidak kurang juga yang dalam kalangan orang ramai yang ingin mengetahui latar belakang figura yang satu ini.

Ianya dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menghadiahkan tayangan filem biografi Bruce Lee bertajuk “Bruce Lee, My Brother” pada 11 Oktober ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Golden Dragon di TV2.

pelakon utama...filem Bruce Lee My Brother

Dihidupkan wataknya oleh Aarif Lee atau Aarif Rahman, pelakon kelahiran Hong Kong berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina, filem ini menampilkan dua bintang lain yang berlakon dalam filem ini iaitu Karen Mok dan Tony Leung Ka-Fai yang akan berperanan sebagai orang tua Bruce Lee. Filem ini diarahkan oleh Yip Wai-Man.

Filem biografi Kantonis ini mengisahkan kehidupan seorang legenda kung fu bernama Bruce Lee yang dilahirkan di San Francisco. Beberapa bulan kemudian keluarga Lee kembali semula ke Hong Kong. Masih lagi bayi, Bruce Lee kemudiannya tampil di Golden Gate Girl pada tahun 1941 dan ketika berumur 9 tahun beliau membintangi filem The Kid dengan nama Lee Xiao Long.

Bruce Lee tidak menyerlah dalam bidang akademik di sekolah tetapi dihormati oleh rakan-rakan sebagai seorang pelakon muda yang telah membintangi beberapa filem. Bruce Lee dan rakan-rakan baiknya bernama Kong dan Unicorn selalu terlibat dalam pergaduhan kecil.

bruce-lee-my-brother-lakonan Aarif Rahman

Seterusnya beliau mempelajari gaya kung fu Wing Chun dan dapat mengalahkan seorang peninju hebat Amerika dari sekolah lain. Apabila Bruce Lee mengetahui Kong telah menjadi seorang penagih dadah, beliau bersama rakan-rakannya menyerang sarang pengedar dadah untuk menyelamatkan Kong dan dikejar oleh pengedar dadah serta pihak polis.

Untuk menyelamatkan nyawa Bruce Lee, bapanya terpaksa menghantar beliau ke Amerika untuk meneruskan pengajiannya. Lalu apakah kesudahannya?

Bruce Lee (16)

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2018

[GAMBAR] Sekitar Kemeriahan Anugerah Planet Muzik 2018