in ,

Teddy Geiger Kini Seorang Wanita

Penyanyi Teddy Geiger membuat kejutan apabila dia membuat kemunculan pada Anugerah BMI Pop 2018 di Beverly Hills pada Selasa lalu sebagai seorang wanita.

People melaporkan Teddy yang popular menerusi lagu For You I Will mendedahkan imej terbaharunya selepas enam bulan mengumumkan dia adalah seorang transgender Oktober tahun lalu.

Teddy Geiger

Teddy, 29, menjadi tumpuan apabila hadir menggayakan gaun berwarna hitam lengkap dengan kasut tumit tinggi dari warna sama.

Teddy Geiger

Wajah Teddy sebelum melakukan perubahan.

Bagi melengkapkan gayanya itu, Teddy turut menjinjing tas tangan selain mengenakan solekan tipis.

Selain bergelar penyanyi, Teddy juga adalah seorang komposer dan pernah menggubah lagu untuk Shawn Mendes berjudul Mercy dan There’s Nothing Holdin Me Back.

Selain Shawn, Teddy juga pernah menghasilkan lagu untuk Maroon 5, One Direction, Tiesto, Empire of the Sun dan James Blunt.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nazim Othman & Bella Dally Umum Bercerai di Hari Pertama Ramadan

Pet World Malaysia 2018 Returns, Bigger Than Ever!