in ,

Nabila Razali & Priscilla Abby Nyanyi Lagu Tema Filem LEE CHONG WEI – Cahaya Juara

Pengalaman luar biasa apabila Budiey berpeluang menonton filem penuh daya inspirasi semangat juang wira negara, LEE CHONG WEI bersama lebih 20,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ditransformasi menjadi sebuah pawagam mega malam tadi.

Layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter menjadikan tayangan perdana versi tambahan berdurasi 133 minit lebih sempurna.

Tahniah buat penganjur yang telah mencatatkan rekod dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Recors sebagai tayangan perdana filem yang bukan sahaja paling besar di Malaysia tetapi juga di peringkat Asia.

Penyanyi Nabila Razali dan selebriti popular media sosial, Priscilla Abby selaku penyanyi yang menggalas tugas mendendangkan lagu tema bagi filem Lee Chong Wei berjudul Cahaya Juara telah melunaskan tanggungjawab mereka dengan baik sekali semalam.

Lagu ini dirakam dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Saya sangat teruja dengan projek ini. Saya sangat berbangga kerana dalam ramai-ramai penyanyi di Malaysia, saya dipilih untuk menyanyikan lagu tema tersebut.

“Saya akan menyanyikan lagu itu dalam versi Bahasa Melayu dan dikatakan akan terselit beberapa baris lirik berbahasa Mandarin juga,” – Nabila Razali

Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sehingga menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mark Adam Kongsi Duit Juara RM100,000 Kepada Finalis BBB Trending di Youtube Malaysia

Music Box Celebrated at Cultural Exchange Between Malaysia and Indonesia