in

Filem JIBAM Akhirnya Di Pawagam Mulai 7 Disember 2017

Novel hasil karya kartunis terkenal Ujang bakal ke pawagam. Bagi mereka yang menggemari majalah komik Gila-Gila suatu masa dahulu, pastinya cukup mengenali salah seorang kartunisnya iaitu Ibrahim Anon atau Ujang.

Selain bergelar seorang kartunis, Ujang juga sebenarnya pernah menghasilkan sebuah novel yang cukup terkenal, JIBAM yang memaparkan kisah seorang kanak-kanak istimewa.

JIBAM POSTER

Filem JIBAM Akhirnya Di Pawagam Mulai 7 Disember 2017

Ternyata novel yang dihasilkan sekitar tahun 90-an itu cukup popular dan pernah mendapat perhatian peminat novel tanah air.

Bagaimanapun, suatu yang cukup istimewa buat peminat novel JIBAM apabila kini ia telah diadaptasi ke layar perak.

Filem terbitan Spektra Selasih Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Che Mie itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Disember 2017 sempena cuti sekolah.

JIBAM mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Ashraf atau Jibam yang sedikit lembab akal fikirannya, namun jibam mempuyai keistimewaan yang tersembunyi.

Dia mewarisi kepandaian bapanya, Suman untuk mengubati penyakit. Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematiannya sungguh misteri.

Selain itu, turut diketengahkan tentang Tok Ngah Sudin yang mempunyai sikap yang sangat membenci terhadap Jibam.

Pada masa sama, Jibam juga dibenci Usin Singai dan kemuncaknya apabila basikal tuanya dicat warna biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, pengarah JIBAM, Che Mie memberitahu bahawa penggambaran filem arahannya itu telah dilakukan pada bulan Februari 2016 di Sungai Lembing, Pahang.

Filem JIBAM

“Sepanjang penggambaran berlangsung, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancangkan. Bagaimanapun, cabaran untuk menghasilkan filem ini sebenarnya sudah bermula sejak sebelum penggambaran dibuat,” jelasnya.

Che Mie berkata, antara cabaran paling besar ialah untuk memilih pelakon utama kanak-kanak yang membawakan watak Jibam.

Selain itu, ujarnya memandangkan JIBAM adalah merupakan filem pertama arahannya, mengadaptasi sebuah novel menjadi karya filem juga menjadi cabaran buat dirinya.

“Saya terpaksa membaca novel ini berkali-kali supaya jalan cerita yang diambil dapat divisualkan dengan apa yang telah ditulis oleh Ujang dalam novelnya.

Menurut Che Mie, sesuatu yang menarik mengenai filem JIBAM ini apabila pelakon kanak-kanak iaitu Mohd. Ariff Abdullah telah diangkat sebagai watak utama dalam filem ini.

Diberi peranan sebagai Jibam, Ariff yang merupakan seorang pelakon kanak-kanak istimewa sebelum ini cukup terkenal dengan watak sebagai Buntat dalam sebuah drama.
“Untuk filem ini saya terpaksa mencari seorang guru untuk mengajar teknik lakonan kepada Ariff (Jibam).

“Saya lakukan ini supaya Ariff dapat menjiwai watak Jibam dengan baik memandangkan ini kali pertama dia berlakon filem,” jelasnya.

Selain Ariff, antara barisan pelakon popular lain yang turut membintangi filem berkenaan seperti Syafie Naswip, Esma Danial, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Bohari Ibrahim, Kazar Saisi dan Kamarool Hj. Yusoff.

Filem JIBAM

BARISAN PELAKON

Mohd Ariff Abdullah – Jibam

Bohari Ibrahim – Tok Ngah Sudin

Esma Danial – Suman

Syafie Naswip – Kadir

Fadlan Hazim – Fakir

Mia Ahmad – Zamiah

Nur Farahaizah Ahmad Zaharudin – Piah

Kazar Saisi – Wok

Kamarool Hj Yusoff – Usin Singai

Filem JIBAM

Filem JIBAM

Filem JIBAM

Filem JIBAM

Filem JIBAM

Filem JIBAM

Filem JIBAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beli iPhone X Dengan Hanya RM10?

Video Sweet Fazura Panggil Fattah ‘DARLING’ Trending di Youtube Malaysia