in ,

OH SAYANGKU Pertaruhan Pertama Cikgu Meera

Selepas tural di laman aplikasi “smule” pada tahun lalu, Nur Ameera Nabila Binti Azmi atau nama pentasnya, Cikgu Meera meneruskan kecintaan seni dengan single pertamanya, OH SAYANGKU merupakan karya sepenuhnya oleh komposer berpengalaman Eddie Hamid dan Nur Hakim, Eddie hamid yang juga produser untuk single ini .

Dan tiada lain, wanita berusia 24 tahun itu mensasarkan ekspektasi tinggi terhadap lagu OH SAYANGKU agar terus memewarnai lapangan hiburan tanahair dan juga hadiah para pengikutnya di “smule”.

Cikgu Meera

OH SAYANGKU Pertaruhan Pertama Cikgu Meera

Menurut Cikgu Meera, Oh Sayangku merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya. Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya.Selain menyanyi dia aktif dengan acara seni lain seperti bersajak dan lain-lain acara seni.

“Lagu ini berkisar kecintaan seseorang yang mempunyai perasaan sayang mendalam selepas di tinggalkan kekasihnya dan berharap kekasihnya akan kembali kepadanya

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi melakolik dan digarap liriknya yang matang. Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden dan bercitarasa alaf ini ,” kata Cikgu Meera yang cukup ternantikan pengambaran Music Video akan di buat dalam waktu terdekat ini.

Menyambung bicara, Guru di salah sebuah sekolaha di shah alam ini memberitahu, Dia sudah sedia menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa melupakan tanggungjawab sebagai pendidik .pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama dua bulan sebelum ia menjadi sebuah karya yang lengkap.

“Sejujurnya, komposer lagu ini merupakan seorang individu yang kreatif dan memiliki citarasa tinggi dalam setiap naskhah dihasilkan olehnya. Lebih menarik, dia sanggup bereksperimen sehingga mengeluarkan aneka versi demo Kembali sebelum saya membuat keputusan untuk memilih yang terbaik.

“Harapan saya agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer ini. Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan.

Para peminat kini boleh melayari video lirik lagu “Oh Sayangku”:

https://youtu.be/cW566xfYzhY

OH SAYANGKU merupakan satu lagi edaran daripada Nova Music Sdn. Bhd. dengan kolaborasi JAYY Production selaku pihak pengurusan Cikgu Meera.

Cikgu Meera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gegar Vaganza Kembali Lagi, Siapakah Bakal Peserta?

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3 dengan Betul-Betul Live @ Goodnite Allstarz – Edisi Birthday Bash