in

Artis Baru & Lama Bakal Menghiasi Kalendar 2017 Warner Music Malaysia

An Evening With Warner Music, satu acara santai bagi meraikan media dianjurkan oleh Warner Music Malaysia telah berlangsung baru-baru ini di The Bee, Publika. Acara ini memperkenalkan artis baru dan lama yang muncul dengan single terbaru di bawah naungan Warner Music Malaysia. Di bawah ini, ada senarai artis yang terlibat. Semoga mereka sukses!

Speech from Darren Choy - Managing Director Warne Music (M)

YASIN
AN EVENING WITH WARNER MUSIC MALAYSIA 2017
Judul lagu: Dialah
Komposer: Faizal Tahir, Ezra Kong & Yasin Lirik: Faizal Tahir, Ezra Kong & Yasin
Yasin Sulaiman, seorang komposer dan juga penyanyi yang telah lahir dalam industri seni tanah air menerusi kumpulan nasyid ‘Brothers’. Pada tahun 1997 lagu ‘Teman Sejati’ adalah hasil ciptaan beliau dan liriknya pula di tulis sendiri olehnya. Manakala pada tahun 2002 ‘Salsabila’ single beliau telah memenangi Album Etnik Kreatif di Anugerah Industri Muzik (AIM 2002). Pada tahun berikutnya, beliau berkolaborasi pula bersama Too Phat menerusi lagu ‘Alhamdulillah’ di mana lagu tersebut telah memenangi anugerah Album Inggeris Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003). Kini, Yasin tampil dengan single terbaru beliau berjudul ‘Dialah’. Lagu yang telah di cipta bersama Faizal Tahir, Ezra Kong dan Yasin sendiri. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati.

An Evening with Warner Music Malaysia

PESAWAT
Judul lagu: Luluh Komposer: PESAWAT Lirik: Jipie
PESAWAT merupakan indie rock band dari Ampang yang terdiri daripada Jipie (vokalis, gitar), Nizam Camel (gitar), Mann (bass) dan Kudux (drums). PESAWAT popular dengan lagu Mirage, Rapuh dan Mesti Mau yang dilancarkan sejak 2008. Album pertama PESAWAT berjudul ‘Take Off’ yang dilancarkan pada tahun 2011 turut tercalon dalam kategori album terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 19. Setelah 3 tahun menyepi, band PESAWAT kembali dengan taruhan single terbaru berjudul ‘Luluh’. Lagu ini merupakan single pertama untuk album kedua PESAWAT yang bakal dilancarkan pada hujung 2017. Kali terakhir PESAWAT mengeluarkan single berjudul ‘Rapuh’ adalah untuk filem ‘KIL’ sebagai runut bunyi. Kini PESAWAT kembali dengan lirik dan muzik yang lebih matang di mana muzik Luluh dikarang oleh PESAWAT sendiri. Menurut Jipie selaku penulis lirik untuk lagu ini, Luluh berkisarkan tentang kehidupan yang kita lalui kadang kala menuju jalan buntu, kita merasakan sesat dan hilang dalam mencari arah untuk mencapai impian, maka jalan yang terbaik adalah untuk berhenti seketika dan reflek kembali sebelum terus melangkah ke depan.

HARRIS BABA
Judul lagu: Parah
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong & Romeo Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong & Romeo
Khawaja Mohammad Harris Baba atau lebih dikenali dengan nama Harris Baba ialah seorang pelakon dan juga penyanyi yang baru sahaja menempa nama di Malaysia. Mula dikenali menerusi lagu hits beliau berjudul ‘Katakan’, sebuah lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong ini telah mendapat 6 juta tontonan di Youtube pada tahun 2016 . Beliau mendapat gelaran sebagai Zayn Malik Malaysia oleh peminatnya kerana rupa parasnya persis Zayn Malik dari anggota kumpulan One Direction. Kini, Harris Baba tampil dengan single terbaru beliau berjudul ‘Parah’. Sebuah lagu ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo ini memberi nafas baru kepada penyanyi dari Singapura ini. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainanya tersendiri serta melodinya mudah di ingati. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta hatinya.

PAYSLIP feat Izo
Judul lagu: Semangat yang hilang (cover) Komposer: Izo
Lirik: JS Kevin
Payslip bukanlah sebuah band yang baru di Malaysia, malah kumpulan Payslip ini telah di tubuhkan secara rasminya pada 2012 setelah meraih kemenangan tempat pertama dalam program televisyen ‘Jamming’. Sejak itu, mereka telah mula aktif dan mengambil serius dalam bidang muzik ini dan telah di lamar oleh Warner Music Malaysia dan mengeluarkan album pertama mereka. Payslip telah di pilih bagi menjayakan runut bunyi ‘The Angry Birds Movie’ dalam versi bahasa Malaysia dan berkolaborasi bersama Matoma, iaitu ‘Wonderful Life’. Pada tahun 2017, mereka merakam semula lagu ‘semangat yang hilang’ yang merupakan sebuah lagu yang di popularkan oleh kumpulan lagenda rock XPDC. Lagu ini juga berkolaborasi bersama gitarist utama XPDC di mana beliau adalah seorang bapa kepada salah seorang anggota Payslip iaitu Arif merupakan gutarits utama kumpulan itu.

NASTIA
Judul lagu: Rapuh
Komposer :Leo Azman, Rudy Iskandar, Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong Lirik: Leo Azman, Rudy Iskandar, Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong
Nastia merupakan sebuah kumpulan yang di anggotai oleh 4 orang anak muda iaitu Leo Azman (Vokalis), Rudy (Gitaris), Zack (Keyboardist) dan Adzim (Basist). Pada 2014, mereka telah menempa kejayaan melalui single berjudul ‘Kisah Cinta’ dan ‘Esok Belum Tiba feat Liana Fizi’. Kini, mereka telah mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Rapuh’, di bawah label Faithful Music dan ,merupakan kerjasama yang pertama antara mereka dan Faizal Tahir. Muzik video ‘Rapuh’ telah pun di lancarkan dan kini telah mendapat tontonan sebanyak 80 ribu di Youtube hanya dalam masa lima hari.

OCEANLIGHTS
Judul lagu: Teratas Komposer: Oceanlights Lirik: Oceanlights
Sebuah band yang di anggotai oleh 6 orang anak muda iaitu Arif selaku vokalis utama, Harry (Guitarist utama), Syafiq (Guitarist kedua), Ucop (Basist), Bandi (Keyboardist) dan Rahmat (Drummer). Kumpulan ini baru sahaja di tubuhkan dan telah mengeluarkan single pertama mereka ‘Teratas’. Mereka adalah bekas pelajar-pelajar jurusan muzik di sebuah institusi awam dan minat mereka yang mendalam terhadap muzik menjadi salah satu faktor utama kumpulan ini di tubuhkan.

TUAH SAJA
Cari Cinta 1 Malaysia
Komposer: Akmal, Faisal, Ezad & Tuah Lirik: Akmal, Faisal, Faiz Arif & Cipok Biki
Tuah Saja di anggotai oleh 6 orang anak muda dan mereka terdiri daripada Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini (Tuah- Vokalis), Muhammad Faisal Firdaus bin Manaf (Vokalis), Muhammad Syafiq Hady Bin Shaarani (Gitaris & Vokalis), Muhammad Akmaludin Bin Samsudin (Gitaris & Vokalis), Muhammad Faiz Bin Ariff – (Drummer, Percussions & Vokalis) dan Izad Shaharul Bin Nazeron (bassist & vokalis). Tuah Saja mula aktif sekitar tahun 2015, mereka telah bekerjasama dalam satu projek ‘Dia Cahaya’ dan dari situ mereka kerap melakukan persembahan bersama dalam beberapa majlis. Mereka sebuah kumpulan yang bekebolehan untuk memainkan pelbagai jenis genre muzik termasuklah pop, rock, balada, tradisional dan dangdut. Kini, mereka tampil dengan single terbaru berjudul ‘Cari Cinta 1 Malaysia’, sebuah lagu yang mengisahkan jejaka-jejaka yang sedang mencari cinta satu Malaysia dari utara sehingga selatan demi cinta hati mereka.

CASSIDY
Judul lagu: Seperti Dia
Komposer: Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong Lirik: Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong
Cassidy, seorang penyanyi yang berasal dari negara Australia yang fasih menyanyikan lagu berbahasa Melayu. Mula di kenali apabila beliau banyak membuat ‘cover’ lagu- lagu Melayu dan memuat naiknya di laman sesawang Youtube dan ia terus menular sehinggakan mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuklah dari stesen-stesen radio tempatan dan badan kerajaan yang tidak henti menawarkan peluang persembahan kepada beliau. Cassidy, telah mendapat tawaran dari sebuah syarikat rakaman Raksasa Records bagi merakamkan single pertama beliau berjudul ‘Seperti Dia’.

ANDI BERNADEE
Judul lagu: Tiada lagi Maaf Komposer: Andi Bernadee & ND Lirik: Andi Bernadee
Andi Bernadee anak kelahiran negeri Sabah ini mula menempa nama apabila beliau telah banyak melakukan lagu-lagu ‘cover’ di aplikasi SMULE. Sebuah aplikasi yang kini semakin menjadi perhatian orang ramai dan dari situ beliau mencuba nasib dan telah meraih ramai peminat dari negara sebarang iaitu Indonesia. ‘Tiada Lagi Maaf’ merupakan single pertama beliau dan lirik lagu ini sepenuhnya oleh Andi sendiri.

DEWI SERIESTHA
Judul lagu: Seindah berdua Komposer: Dewi Seriestha Lirik: Dewi Seriestha
Dewi Seriestha seorang gadis kelahiran Sarawak, kariernya bermula apabila beliau menyertai program realiti Mentor musim pertama, protégé kepada Liza Hanim. Melanjutkan pelajaranya di Aswara dan pada masa itu juga beliau telah menyertai pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 2014 dan telah memenangi ‘Miss World Talent’. Minat Dewi yang mendalam dalam bidang seni ini tidak di biarkan begitu sahaja di mana beliau telah menulis sendiri lagu ‘Seindah Berdua’ yang telah di susun atur oleh komposer dan produser terkenal iaitu Halen Yap.

BELLA NAZARI
Judul lagu: Oh Cintaku
Komposer: Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong Lirik: Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong
Bella Nazari, seorang penyanyi dan pelakon yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang seni. Bermulanya karier beliau menerusi program realiti Mentor musim pertama dan merupakan protégé bagi Noraniza Idris. Beliau juga aktif dalam bidang lakonan antara drama lakonannya ialah ‘Hati Perempuan’, ‘Duda Terlajak Lari’ dan drama bersiri popular ‘Shh I Love You’. Kini, beliau telah mengeluarkan single terbaru ‘Oh Cintaku’ bersama Raksasa Record.

TYSHA TIAR
Judul lagu: Sekian Cinta Komposer: Ezra Kong & Omar K Lirik: Tysha Tiar & Adib Hamdi
Tysha Tiar anak kelahiran Kuching, Sarawak ini mula aktif menyanyi di Youtube bagi lagu-lagu ‘cover’ dan dari situ beliau telah meraih 85% subcribers dari Indonesia. Minat Tysha dalam bidang nyanyian ini telah bermula dari bangku sekolah lagi, dari situ beliau telah memasuki program realiti televisyen Bintang RTM. Sejak itu, beliau mula menjinakkan diri dalam penulisan dan penciptaan lagu. Kini, beliau menampilkan single terbaru ‘Sekian Cinta’.

DVA
Judul lagu: Free The Music Komposer: Farique Nadzir Lirik: Adah Kahir
DVA , terdiri daripada Sher dan Juanita dua orang anak muda yang berbakat besar dalam industry muzik dan kini mereka menampilkan single yang pertama berjudul ‘Free the Music’ di mana lagu yang mengisahkan tentang seseorang yang bebas untuk menyatakan hasrat mereka secara jujur tanpa berselindung. Judul lagu yang begitu tulus ini menepati lagu yang cuba di sampaikan.

Lucky Draw prize giving by Che Mokhtaza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konflik Adik-Beradik Dalam Telemovie DETIK BERPUTAR

Gambar Selebriti di Jom Masjid di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang