in ,

Gambar Selebriti di Jom Masjid di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Hari kedua bulan Ramadan pengunjung Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang menjadi lebih bermakna apabila mereka berjaya mengimarahkan masjid serta bertemu dan bermesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah. Acara Jom Masjid ini telah menerima kunjungan seramai 3,000 orang sepanjang program itu berlangsung pada Ahad lepas.

Jom Masjid TEMERLOH

3,000 PENGUNJUNG MENGIMARAHKAN MASJID BARU DAERAH TEMERLOH, PAHANG

Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang merupakan lokasi pertama siri penjelajahan Jom Masjid tahun ini. Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh telah diserikan lagi dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin. Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, “Ini merupakan tahun kedua acara Jom Masjid diadakan di mana kami menyediakan pelbagai pengisian yang berunsur Islamik untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Alhamdulillah, acara ini berjaya mendapat impak dan respon yang positif oleh para pengunjung dari daerah Temerloh. Jutaan terima kasih kepada 3,000 orang pengunjung yang telah mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada hari Ahad lalu kerana sokongan mereka semua amat bermakna buat kami.”

“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa Masjid Baru Daerah Temerloh yang membantu kami untuk menjayakan acara ini. Insya Allah acara Jom Masjid ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat, malahan turut dapat menarik minat anak-anak muda untuk menyertai aktviti yang diadakan di masjid sempena bulan yang mulia ini.” ujar beliau lagi.

Dibawakan khas oleh Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku penaja, program Jom Masjid telah bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan rakaman program Moreh yang dihoskan oleh Haziq Hot FM dan Chiwan Chilok bersama tetamu undangan, Luqman Hafidz. Acara diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong memasak dan membungkus Bubur Lambuk oleh ahli jawatankuasa di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang. Di sekitar pukul 3.00 petang pula, sesi rakaman Al-Kulliyyah yang membincangkan topik ‘Ibrah Hudaibiyyah’ bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan telah berlangsung di dalam Masjid Baru.

Setelah mendirikan solat Asar, sesi pengagihan bubur lambuk di pekarangan Masjid Baru Daerah Temerloh oleh para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid telah dilakukan. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti.

Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, wakil Media Prima Berhad, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, bersama-sama Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd. Kenali & Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBhg. Encik Azlan Bin Mohd. Yaman, telah menyampaikan sumbangan daripada TV3 & TV9 kepada anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Temerloh.

Para pengunjung juga bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ceramah khas daripada Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin, yang juga merupakan Duta Skuad Terima Kasih sebelum masuknya waktu solat Isya’. Acara ini telah diakhiri dengan sesi moreh bersama-sama jemaah masjid selepas selesainya solat tarawih.

Inginkan akses mudah kepada video eksklusif daripada program popular Raudhah seperti Al-Kulliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah? Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Raudhah yang membolehkan pengguna untuk mengetahui waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarkan lokasi, notifikasi azan, dan senarai masjid dan restoran halal berdekatan mereka.

Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah pula, anda masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

Jom Masjid TEMERLOH

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Artis Baru & Lama Bakal Menghiasi Kalendar 2017 Warner Music Malaysia

Surat Pemerhatian Berkaitan Peminat Lofattah & Fattzura