in ,

RTM Siar Filem FANTASTIC FOUR RISE OF THE SILVER SURFER

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menarik tumpuan penonton setia salurannya di hujung minggu dengan menayangkan filem adaptasi komik Marvel bertajuk “Fantastic Four Rise of The Silver Surfer” pada 26 Mac ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Filem tahun 2007 ini menampilkan gandingan mantap pelakon Ioan Gruffudd, Jessica Alba, Chris Evans, Michael Chiklis, Julian McMahon dan Kerry Washington.

Luangkan masa menyaksikan plot kisah berlegar setelah lama menjalin cinta, Reed Richards dan Sue Storm (yang lebih dikenali dengan nama Mr Fantastic dan Invisible Woman) akhirnya memutuskan untuk berkahwin. Sudah tentu acara tersebut dihadiri oleh banyak orang termasuk Johnny Storm (Human Torch) dan Ben Grimm (The Thing).

RTM Siar Filem “Fantastic Four Rise of The Silver Surfer” pada 26 Mac Ini di TV2

Namun tidak disangka-sangka, acara tersebut terganggu oleh kemunculan fenomena alam berupa cuaca yang tidak lazim. Secara tiba-tiba, muncul makhluk berwarna perak yang boleh terbang dengan kecepatan terpantas hanya dengan menggunakan papan luncur.

Yakin makhluk yang hanya diketahui bernama Silver Surfer tersebut adalah penjahat, Johnny yang berwatak kuat segera mengejar sang musuh. Namun kali ini Human Torch menemui lawan yang sepadan kerana Silver Surfer mempunyai kekuatan kosmik yang memungkinkannya terbang dengan kecepatan cahaya.

Tidak hanya dengan itu, ia juga mampu menembusi bangunan dengan kekuatan yang dimilikinya. Ketika adegan kejar mengejar berlaku, Human Torch akhirnya tewas ketika Silver Surfer secara tiba-tiba membawanya jauh ke luar atmosfera bumi.

Sangkaan Johnny tepat mengatakan Silver Surfer datang ke bumi untuk melakukan tinjauan sebelum memutuskan untuk menghancurkan bumi. Rupa-rupanyanya, pemuda berbadan sasa berwarna perak dikenali Norin Radd tersebut adalah utusan dari mahluk luar angkasa bernama Galactus yang hidup dengan menggunakan planet sebagai makanannya.

Ketika itu sudah tentu dengan menggunakan tenaga sedaya upaya, Fantastic Four bertindak untuk mencegah bumi daripada dicerobohi dan dihancurkan pihak musuh. Sesuatu yang membuatkan Fantastic Four tambah bersemangat apabila musuh ketat mereka iaitu Doktor Doom juga kembali dan siap sedia untuk membuat perhitungan dengan keempat manusia super tersebut.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Pilih Jodoh Dalam Telemovie Komedi MENANTU ENCIK IKAN MASIN

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia