in ,

Pelakon Fezrul Khan Cerai Talak Satu

Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu. Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

“Hmmm… Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. “Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Fezrul dan Noorhafizah bercerai selepas tiga tahun berkahwin.

Ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9.

Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato’ Siti Nurhaliza