in ,

Sinopsis Power Kids Thai Movie

Sinopsis Power Kids
Guru Lek (Arun Phawilai), seorang jurulatih tinju Thai telah menjadi guru kepada sekumpulan kanak-kanak untuk tujuan mempertahankan diri mereka. Beliau bukan sahaja seorang guru kepada mereka, malah bertindak selaku seorang ayah kepada kanak-kanak tersebut iaitu Wuth (lakonan Nuttawuth Boonrapsap), Catt (Sanisa Chindamanee) dan Pong (Paethaiy Wongkumlao). Ketiga-tiga mereka harus menjaga Wun ( Darun Tantivichitvej), adik kesayangan Wuth, yang menghidap komplikasi jantung. Jib (Navarat Techaratanaprasert), rakan mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama mereka sambil menemani Wun.

Mereka secara kebetulan berada dalam situasi genting yang mengubah kehidupan normal mereka tatkala terpaksa menentang sekumpulan samseng satu hari kelak.  Kejadian tersebut menyebabkan berlakunya serangan jantung mendadak ke atas Wun yang memerlukan pemindahan jantung segera. Mereka terpaksa bergegas ke hospital yang kebetulan sedang ditawan oleh sekumpulan penjenayah dan pengganas antarabangsa yang diketuai oleh “Peda” (Johnny Ngian). Mereka tidak mampu mengelak dari melibatkan diri dalam mimpi ngeri tersebut. 

Di sinilah berlakunya pertempuran antara kanak-kanak berjiwa kental ini dengan pengganas kejam demi menyelamatkan nyawa Wun dan juga demi negara tercinta. Hanya dengan jalinan kukuh persahabatan, keberanian dan keteguhan hati mampu memberi kemenangan kepada mereka.

Title: Power Kids (Haa Hua Jai Hero)
Director: Krissanapong Rachata
Starring: Johnny Nguyen, Nanthawut Boonrubsub, Sasisa Jindamanee
Official website: www.powerkidsmovie.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adv: Saksikan Episod Pertama Mingguan Lelaki di Portal Gua

How to Celebrate Mother’s Day