in , ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

30 tahun dalam industri seni suara sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain. Sepanjang tempoh itu, peminat tak senang duduk menantikan konsert berskala besar dari Anuar Zain. Kini, dengan keazaman membara, hasrat peminat bakal menjadi nyata. Pengalaman suka duka, pahit manis sepanjang 30 tahun itu akhirnya bakal dikongsi bersama dengan peminat di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia akan dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dengan alunan lagu-lagu popular dari album Anuar Zain.

Konsert Anuar Zain

[pullquote align=”right”]Budiey lihat semua peminat Anuar Zain sangat fun & sangat unik, dan ini akan membuatkan konsert Anuar Zain bulan depan (Februari) akan jadi fun! Betul tak?[/pullquote]

Kini, tibalah masa yang sesuai untuk peminatnya berkumpul beramai-ramai untuk menyatakan rasa cinta dari hati sanubari yang tulus ikhlas bak bait-bait lirik lagu Ketulusan Hati. Selang sehari sambutan hari jadinya, Anuar Zain mengajak anda semua berkongsi masa, ruang dan kasih cinta sebagai tanda membalas budi jasa peminat yang menyokong dari dulu, kini dan selamanya.

Biarlah Anuar Zain ambil masa yang lama untuk buat Konsert, asalkan peminat yang datang nanti rasa puas dan konsert kali ini gempak dari biasa.

[dropcap]T[/dropcap]iga dekad kembara muzik Anuar Zain bakal dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra di bawah pimpinan Mac Chew menjanjikan temasya muzik gaya Anuar Zain. Seterusnya konsert ini meraikan Anuar Zain, peminat dan legasi muziknya. Pemuzik iringan bukan calang-calang, Budiey rasa mereka sangat hebat, jadi bila penonton dengar, mereka tak rasa tertipu. Yes, Anuar Zain mementingkan kualiti bunyi. Bila muzik yang ditampilkan berkualiti, taklah peminat rasa tertipu nanti.

Ada kejutan dan beberapa paparan video dan gambar-gambar eksklusif untuk peminat bakal dihidangkan buat yang hadir.

Harga tiket Konsert Anuar Zain boleh dibeli dengan harga paling murah RM88 hingga RM698 melalui laman web www.ticketcharge.com.my dan cawangan rasminya.

 

 

Pakej 3Dekad 1Destinasi
[dropcap]I[/dropcap]ni pula berita baik buat peminat Anuar Zain yang berada di luar Kuala Lumpur,  pihak Anuar Zain Network dengan kerjasama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif untuk peminat-peminat Anuar Zain dari Kota Bharu, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura.
Pakej ini adalah satu program eksklusif untuk memberikan peluang kepada anda yang berada di Pantai Timur dan Selatan Semenanjung. Pakej ini akan membawa peminat dari bandar-bandar utama di Malaysia dan wilayah Singapura ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menikmati konsert serta menghantar mereka kembali pada malam yang sama selepas konsert berakhir.Pakej ini dinamakan 3Dekad 1Destinasi. Untuk info lanjut korang semua boleh layari : www.facebook.com/3Dekad1Destinasi

“Budiey rasa, pakej ini sangat bagus untuk peminat Anuar Zain yang mahukan perjalanan berjalan lancar dan ianya sangat selesa.”

[dropcap]U[/dropcap]ntuk pengetahuan pembaca, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi ini adalah pakej pengangkutan untuk perjalanan dua hala (pergi & balik) lengkap dengan jamuan ringan dan cenderahati. Dan semestinya, pakej ini termasuk dengan tiket untuk menyaksikan Konsert Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Pakej ini meliputi kawasan Kota Bahru, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Terbaru, Budiey dikhabarkan ada beberapa buah tempat telah ditambah iaitu, Alor Setar, Butterworth & Pulau Pinang.

Pakej ini disediakan adalah bagi mengelak penonton yang berada di luar Kuala Lumpur dibeban dengan kos penginapan dan sebagainya.

Untuk dapatkan harga Pakej 3Dekad 1Destinasi ini, sila klik di SINI.

Hashtag #KonsertAnuarZain3Dekad

Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #KonsertAnuarZain3Dekad. Haaa… bukan main panjang lagi hashtagnya. Tapi tak mengapa, ada sebab sebenarnya hashtag ini dipilih.

Jadi, jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh Anuar Zain, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Anuar Zain yang rasmi iaitu www.facebook.com/anuarzainnetwork

Berikut adalah info tentang Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari:-

Tarikh: 16 Februari 2013 (Sabtu)

Lokasi: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Masa: 8.30 malam

Untuk info lanjut tentang konsert anda boleh melayari:

Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

[pullquote align=”right”]Budiey tahu, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket dari Budiey.com[/pullquote]

Sebagai Blog Rasmi Konsert Anuar Zain 3 Dekad ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Anuar Zain untuk berhibur dengan alunan suara mantap Anuar Zain dan merasai kehangatan malam berkasih sayang dengan Anuar Zain di konsertnya pada 16 Februari nanti di Stadium Putra Bukit Jalil.

Budiey ada dua keping tiket VIP dan 40 tiket (bernilai RM88 setiap satu) untuk diberikan kepada 20 orang pembaca Budiey.com  (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi Anuar Zain: www.facebook.com/AnuarZainNetwork

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertAnuarZain3Dekad. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #KonsertAnuarZain3Dekad bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawap soalan di bawah ini:

Soalan 1:
1. Bilakah tarikh penjualan tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari?

Soalan 2:
2. Nama judul video klip terbaru Anuar Zain yang akan ditayangkan buat pertama kali secara eksklusif di konsert ini?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

Tarikh tutup peraduan:
30 Januari 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-27

Ganjaran Istimewa Untuk Pelanggan Pertama Servis 4G LTE dari Maxis