TAHNIAH KIERAN PENYAMPAI BARU STESEN RADIO HOT FM

Secara officiallynya… Kieran yang dulunya menjadi penyampai ERA… kini telah menjadi penyampai HOT FM. Tahniah Kieran!

Semalam, ketika sidang media HOT FM Twisties Bingit, Seelan Paul selaku Pengurus Besar Rangkaian radio Media Prima telah mengumumkan satu kejutan ini kepada media.

Sebenarnya, dah lama orang duk cakap-cakap yang Kieran akan beralih arah ke HOT FM. Kieran dulunya berasal dari skuad perodua Era… dan kini semakin berani mengorak langkah.

Welcome to our family… HOT FM family

Nampaknya bertambah ramai penyampai Era telah berhijrah ke Hot FM… Kieran telah mengikut jejak langkah Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Esok lusa, agak-agak siapa lagi lah ya?

Orang cakap, radio Era dah nak bankrup sebab tak nak kasi up sikit bayaran kepada penyampai. Tu yang penyampai diorang kena BELI kat stesen lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan. Its all about price! Itu hakikat industri showbiz yang kita terpaksa telan.

Apa-apa, sekali lagi tahniah kepada Kieran. Semua pembaca boleh mendengar Kieran bersiaran pada hari Isnin ini di HOT FM – LEBIH HANGAT DARI BIASA! Korang boleh memilih dan mengundi untuk waktu bilakah Kieran sesuai untuk bersiaran. Budiey rasa Kieran boleh diletakkan pada masa tengahari… ok tak?

HOT FM Family yang hangat

Congrats, bro!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO

Fazley Dapat Anak Lelaki