in

Karnival Muzik Belia

KARNIVAL MUZIK BELIA BERSAMA PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA & BNYOUTHMUSIC

Budiey.com telah dijemput untuk menghadiri Karnival Muzik Belia akan diadakan pada 4 Mac 2012 (Ahad) bertempat di The Curve, Mutiara Damansara , bermula jam 11 Pagi sehingga 11 malam. Terima kasih kepada Zed Zaidi atas jemputan ini.

Karnival ini akan turut dihadiri oleh lebih 50 orang artis muda bertepatan dengan konsep baru bagi menarik golongan muda untuk mendekati lebih dekat mengenai muzik yang akan di persembahkan. Ia juga merupakan satu daya tarikan terbaru bagi belia yang dianjurkan oleh Seniman didalam menghargai artis-artis muda bagi mendekatkan diri dengan belia secara amnya. Selaku pelapis di dalam bidang industri seni ini artis artis muda dapat diberikan pendedahan tentang tanggungjawab sosial terhadap masyarakat justeru, dapat dijadikan ikon kepada belia masa kini. Selain itu, kehadiran Perdana Menteri Malaysia pada hari itu, pihak seniman mengambil kesempatan untuk menghantar terus Memorandum bagi permintaan 3 pekara kepada golongan artis di Malaysia ini.

AKTIVITI PERSATUAN SENIMAN SEMPENA “KARNIVAL MUZIK BELIA” & FINAL BNYOUTHMUSIC

3 March 2012

Masa Aktiviti
12.30-2.00 Guitar Hero Contest ( Mainstage )
Haqqani ( Booth )
2.00-3.30 Klinik Guitar Oleh Nan (M.Nasir Saturnine) ( Booth )
4.30-7.00 Charity Busking & Jam
By Prominent Musician and artist + Pipe & drum band + Muzambe African Drum with Capoera ( Booth )
8.30-10.00 Free Flow B.Boy-Breakdance + Pipe & drum band ( Booth )

4 March 2012

Masa Aktiviti
10.30-1.00 Perasmian “Karnival Muzik Belia” oleh Dato Sri Rais Yatim jam 11 Pagi, Mini Show Gigs by OAG, Awanband,Caprice, Mancis ( Mainstage )
2.00-7.00 Charity Acoustic Jam by prominent Artis + Pipe & drum band ( Booth )
8.00-10.30 Penghantaran Memorandum SENIMAN permintaan 3 pekara untuk artis kepada Perdana Menteri Jam 9 Malam, show by Groove Syndicate Charity Open Jam with artist + Muzambe African Drum with Capoera + Pipe & drum band ( Booth )

Aktiviti Sampingan
1. 50 artis seniman dan karyawan akan memeriahkan majlis
2. Mengumpul Tabung Kebajikan Seniman bersama artis berkerjasama with pertubuhan nurkasih
3. Audition TV Host bersama IPTV1malaysia
4. Artis Interview penonton untuk Survey About BNYOUTHMUSIC
5. Penyerahan Memorandum 3 agenda utama bagi artis di Malaysia melalui Persatuan Seniman Malaysia kepada Perdana Menteri

*tidak termasuk aktiviti dari wakil bnyouthmusic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Beli Rumah Mewah RM1 Juta Di Australia

Drama Di Langit Lazuardi