in ,

Siti Nurhaliza Beli Rumah Mewah RM1 Juta Di Australia

Budiey sekadar ingin memetik dari blog majalah Media Hiburan yang memaparkan berita tentang penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang telah menandatangani perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam majlis pelancaran projek kediaman itu, baru-baru ini.

Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu.

The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas kawasan berkeluasan 10,800 meter persegi yang memuatkan 320 unit kediaman.

Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.

Budiey rasa, tak hairan Dato’ Siti Nurhaliza membeli rumah di luar negara kerana memang dia ada duit. Bisnes SimplySiti pun semakin berkembang. Pastinya mendapat pulangan yang lumayan. Semoga rezeki beliau terus bertambah untuk tahun 2012 ini.

Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey.com Blog Rasmi Promo Tour SMASH

Karnival Muzik Belia