in , ,

PUBG MOBILE Membawakan Pek Suara Polis Evo Yang Eksklusif Untuk Anda!

AYUH BOH! Operasi Evo PUBGM x Polis Evo 3 telah bermula! Acara dalam permainan membawakan pek suara Polis Evo 3 rasmi yang menampilkan Inspektor Sani, Inspektor Khai dan banyak lagi!

Bersempena dengan tayangan perdana Polis Evo 3 yang dinanti-nantikan, PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, membawakan kepada peminat dan pemain pek suara Polis Evo eksklusif dan item dalam permainan dengan pelancaran acara Operasi Evo hari ini.

PUBG MOBILE Membawakan Pek Suara Polis Evo Yang Eksklusif Untuk Anda!

Dari 27 Mei hingga 4 Jun 2023, pemain akan dapat menyertai Acara Operasi Evo yang berlangsung dalam permainan dan menebus pek suara Polis Evo 3 rasmi Inspektor Khai & Inspektor Sani. 

PUBG MOBILE Membawakan Pek Suara Polis Evo Yang Eksklusif Untuk Anda!

Selain itu, “AYUH” OST rasmi untuk Polis Evo 3 akan tersedia sebagai Muzik Lobi Permainan selepas melancarkan PUBG MOBILE. 

PUBG MOBILE Membawakan Pek Suara Polis Evo Yang Eksklusif Untuk Anda!

Ganjaran lain termasuk Bingkai Profil, Gambar Profil dan Semburan Graffiti yang melengkapkan set penuh.

Di bawah ialah gambaran keseluruhan semua item yang tersedia daripada PUBG MOBILE X Polis Evo 3:

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Polis Evo 3 untuk acara dalam permainan istimewa ini. Sebagai ansuran ketiga kepada francais Polis Evo yang sangat popular, kerjasama ini menyatukan komuniti PUBG MOBILE sama seperti persaudaraan Inspektor Khai & Inspektor Sani ” kata Adil Hisham, Pengurus Pemasaran untuk PUBG MOBILE, Malaysia

PUBG MOBILE Membawakan Pek Suara Polis Evo Yang Eksklusif Untuk Anda!

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, PUBG MOBILE juga telah mengeluarkan video kerjasama rasmi di seluruh saluran sosial mereka. Dalam video itu, kami dapat melihat pasangan penumpas jenayah kegemaran kami dalam misi menyelamat untuk meresap bom. Peminat juga akan melihat cameo khas PUBG MOBILE, yang menyertai ‘supercops’ kami dalam misi mereka. 

Semasa anda bersiap sedia untuk misi anda sendiri di PUBG MOBILE, jangan lupa menonton Polis Evo 3, tersedia di pawagam sekarang. Pada masa penulisan, Polis Evo 3 telah mengumpul RM3.4 juta dalam tayangan awal dan jualan perdana hari pertama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RADIO SURIA FM

Jualan Penghabisan Stok Kedai Suria Menawarkan Diskaun Hingga 50%

Temui Ciri TV Pintar Mengejutkan Ini Yang Anda Tidak Pernah Tahu