in , ,

Trailer MONEY HEIST Part 5, Bakal Menemui Penonton Mulai 3 September Ini

Pastinya ramai peminat siri MONEY HEIST tak sabar untuk menonton bahagian atau musim terakhir yang dikhabarkan akan lebih banyak aksi dan suspen.

Netflix telah melancarkan trailer rasmi untuk ansuran kelima dan terakhir Money Heist, yang dijadualkan untuk kembali pada 3 September ini dengan Musim Ke-5 Jilid 1. 

Trailer dibawah menyoroti usaha pasukan untuk melawan tentera ketika mereka berusaha bertahan tanpa bimbingan Profesor, yang telah ditawakan oleh Alicia. Oleh kerana itu, Lisbon kini menjadi pemimpin de facto yang mendorong mereka memperjuangkan hidup mereka. Selain urutan penuh aksi, video itu juga memberikan kepada kita pratonton beberapa babak ‘flashback’ yang kita akan jangkakan pada separuh pertama musim terakhir yang melibatkan masa lalu Berlin dan Tokyo.

MONEY HEIST Part 5

Tonton trailer Money Heist Musim 5 Bab 1 dibawah:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

dUCk Jual Set Mewarna Berharga RM220, Ada 3 Sebab Netizen Jadi Terkejut

Personaliti Radio Popular Hafiz, Guibo & RD Kini Jadi Penyampai Radio MIX