in ,

Personaliti Radio Popular Hafiz, Guibo & RD Kini Jadi Penyampai Radio MIX

Strim segmen baharu secara langsung di hujung minggu bermula 7 Ogos di aplikasi SYOK

Rakyat Malaysia bakal menikmati perbincangan dan perkongsian yang menghiburkan bersama personaliti radio popular, Hafiz, Guibo dan RD bermula 7 Ogos 2021. Peminat juga boleh strim secara langsung atau nikmati siaran ulangan menerusi podcast radio di aplikasi SYOK.

Peminat dapat menghiburkan hujung minggu mereka dengan Hafiz dan Guibo di ‘The MIX Brunch with Hafiz & Guibo’, segmen pagi hujung minggu yang akan diadakan secara langsung buat kali pertama. Segmen ini akan menampilkan pasangan duo yang penuh semangat dan lucu. Hafiz dan Guibo bersama peminat akan menerokai perbincangan yang bermanfaat dan menghiburkan mengenai pelbagai topik, serta seleksi lagu menarik. Hafiz dan Guibo akan ke udara secara langsung di MIX, setiap Sabtu dan Ahad, dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, menerusi ‘The MIX Brunch with Hafiz & Guibo’.

Personaliti Radio Popular Hafiz, Guibo & RD Kini Jadi Penyampai Radio MIX

Di samping itu, peminat juga boleh menikmati ‘MIX 30 Countdown with RD’, segmen baharu di hujung minggu yang menampilkan personaliti radio dikenali ramai, RD. Beliau akan berinterkasi bersama peminat dan memainkan lagu-lagu yang menduduki carta teratas, hasil daripada undian peminat di sepanjang minggu melalui laman rasmi MIX. Nikmati ‘MIX 30 Countdown with RD’secara langsung setiap Sabtu, bermula 3 hingga 6 petang, dan siaran ulangan setiap Ahad, bermula 1 hingga 3 petang di MIX.    

Priya Prabakaran, Pengurus Rangkaian Kandungan, Astro Radio, berkata, “Di waktu yang mencabar ini, kami menyediakan pendengar kami dengan barisan personaliti yang segar dan relevan, serta memberi sokongan kepada bakat-bakat tempatan. Kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran Hafiz, Guibo dan RD ke dalam keluarga Astro Radio dan menjemput semua peminat untuk berhibur dan berinterasi dengan nama-nama yang dikenali ramai ini menerusi ‘The MIX Brunch with Hafiz & Guibo’, segmen pagi hujung minggu yang pertama dan segmen carta, ‘MIX 30 Countdown with RD’.”

Personaliti Radio Popular Hafiz, Guibo & RD Kini Jadi Penyampai Radio MIX

Peminat boleh terus menikmati segmen-segmen popular menerusi ‘MIX Weekend’, termasuk: 

o ‘The 2000s with Ashley’, setiap Sabtu, di mana Ashley akan membawa pelbagai perkongsian menarik dan lagu-lagu di tahun 2000an. 

o ‘That 90’s Show with Phat Fabes’, setiap Ahad, di mana peminat boleh menikmati lagu-lagu terbaik pada era 90an, dari muzik pop dan rock bersama Phat Fabes. 

o ‘MIX Music Weekend’, peminat dapat menikmati 50 minit muzik tanpa iklan, setiap Sabtu dari 12 tengah hari bersama Phat Fabes, dan Ahad bermula 5 petang bersama Ashley.  

Untuk maklumat lanjut, layari mix.my dan ikuti MIX di laman-laman media sosial.

Personaliti Radio Popular Hafiz, Guibo & RD Kini Jadi Penyampai Radio MIX
  • Tentang Hafiz dari ‘The MIX Brunch with Hafiz & Guibo’: 

Seorang pengacara dan pembuat podcast, Hafiz merupakan nama yang tidak asing di dalam dunia radio dan industri hiburan. Baru-baru ini, Hafiz juga menceburi dunia pemasaran dan runcit, sambil tetap menjadi peminat setia kelab bola sepak Chelsea. 

  • Tentang Guibo dari ‘The MIX Brunch with Hafiz & Guibo’:

Personaliti radio Guibo dikenali ramai kerana sering menghiburkan rakyat Malaysia di waktu pagi dan petang selama lebih dari satu dekad. Dia mempunyai daya tarikan yang menarik dan berjaya menemu bual bintang Hollywood dan artis-artis antarabangsa. Baru-baru ini, Guibo juga menemui bahawa dirinya meminati bidang keusahawanan.

  • Tentang RD dari ‘MIX 30 Countdown with RD’

Seorang yang terlatih dalam bidang kulinari, dan bertukar menjadi personaliti radio, RD adalah seorang yang versatil dan boleh mengendalikan pelbagai acara dan rancangan. RD masih merupakan seorang penggemar makanan dan tukang masak handalan walaupun melibatkan diri dalam dunia hiburan.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer MONEY HEIST Part 5, Bakal Menemui Penonton Mulai 3 September Ini

Sinopsis Drama Bersiri Ketenteraan GEMPUR WIRA Papar Realiti Penuntut UPNM