in , , ,

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block’

Alamak! Apa sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin ni? Bukan ke diorang ada bertemu kat Gaza ke? Nampak macam mesra dan takde apa-apa perselisihan?

Ada ustaz pesan, kalau nampak saudara kita buat salah, adalah menjadi satu kewajiban bagi kita untuk tegur dia. Kalau tidak tegur, sampai sudah dia akan buat silap. Tapi dalam ini tidak tahu siapa yang salah. Itulah yang berlaku pada dua idola ramai rakyat Malaysia. Nampaknya isu tegur-menegur antara Caprice dan Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian netizen di sosial media dan semakin diperkatakan ramai. Ramai netizen tertanya-tanya bagaimana isu ini boleh tercetus.

Siasatan Briged Bawang Al Perkasam dari Syed Ah Beng

Ooooo okay. So sebagai penyiasat tak bertauliah, kes caprice n uel ni pun aku baca dari twitter sampai ke fb. Jadi kepada korang yang tertinggal bas meh aku tolong rumuskan.

So caprice ada tak puas hati dengan uel sebab kes uel dapat masuk gaza tu, tapi dia kabor ketidak puasan hati itu cuma 10% lah daripada 100%.

Jadi apa dia yg 10% tu?

1. Ok first skali, caprice kabor spatutnya yg req nak masuk gaza ni adalah neelofa, heliza, caprice, dan ada beberapa nama lagi lah. Tapi katanya ust ebit amik kertas kerja tu dan submit sorang2 sebab nak stand alone katanya. Tapi itulah, yang aku pelik kenapa nama2 yg dia sebut tu takde plak cakap pape kan, dia je ni yang tengah hangin skrg ni.

2. Ok seterusnya, masa dalam live raydaw ngan caprice, raydaw tanya lah, apa sbenarnya yg dia ni tak puas hati. So caprice cakap lah pasal gambar budak miskin dapat toys tu. Kenapa sampai kena ambik 2 gambar. So si raydaw ni ckp sebenarnya gambar tu diambil dari 2 angle. Jadi aku pelik la kat sini sbenarnya bukan dari dulu ke ust ebit mmg pegi cerok mana kat dunia ni pun mmg dia amik gambar kan? So aku pelik apesal baru hari ni dia tak puas hati pasal ni. Jadi kata si caprice lagi, member2 dia (influenfer palestin) cakap mcm tak selesa lah bila ust ebit fokus kat org miskin je and diorg tak puas hati pasal gambar budak pegang toys tu ada banyak. Caprice pun mesej ust ebit, suruh mintak maaf kepada sesiapa yg terasa, and suruh fokus kepada bnda lain selain org miskin kat Palestin, which is aku rasa ust ebit ke mana2 pun, tak kira la msia ke luar negara ke, mmg fokus dia bantuan kepada org miskin. Plus dia bwak masuk berkontena lah ubat2an, makanan apa smua. So pada aku, tak patut jadi isu bab bergambar ni. Satu msia derma ke acc NGO dia, so bila dia tunjuk ke mana duit tu pergi, org pun tak tanya banyak.

3. Ok pastu, dia tak puas hati sebab kena block. Notice that dia mesej ust ebit pada 10 hb dan pada 6 hb tu arwah ayah ust ebit was on the deathbed pastu kau mesej panjang2 berjela siap ckp pasal bawak kamera apa smua melawat bapak dia yg sakit. Like, org tu tengah struggle ngan kehilangan org tersayang kau cam tak sensitive langsung pastu duk kalut hal tak dapat masuk gaza plak dah. So aku rasa maybe sbb tu lah ust ebit block caprice.

4. Caprice tak puas hati sebab rasanya Ust ebit dapat sokongan dari Dato Sri Hishamuddin ngan TMJ. So dia rasa cam berat sebelah sebab tak dapat sokongan yang sama, and dia higjlight this one as “kambing kerajaan” which is aku rasa tak patut lah sebab caprice gi sana pun under umno. And disebabkan caprice gi mesej dato sri Hishamuddin tu and ckp uat ebit liew dah memalukan nama Malaysia, uat ebit kena siasat and hubungan DSH ngan ust ebit jadi keruh. Maybe sebab ni jugak kot caprice kena block.

And dalam live caprice ada bgtau, dia nak gi gaza bukan sbb nak bg bantuan, tapi nak share idea dan jumpa kawan2. (influencer palestin smua tu). And masa live dia siap invite weh geng2 influencer ni pastu duk desak suruh tanya raydaw kenapa caprice masih belum boleh masuk gaza. Raydaw cam terkedu taktau nak cakap apa sbb smua tu bukan dia yg control. Ya ampunnnnn kau nak masuk gaza nak share idea, ust ebit masuk gaza nak bg bantuan berjuta2. Yg mana lagi bawak kebaikan kepada rakyat gaza?? Astagha aku cepuk jugak kau ni kang. 

So sekian sajalah siasatan Briged Bawang Al Perkasam. So 21hb tu haram takde kena mengena ngan ust ebit pun.

Segalanya bermula selepas Caprice cuba membongkar luahan isi hati penduduk Gaza yang terbuku selama ini.

Isu Guna Gambar Gaza Buka Tabung Tapi Wang Derma Tak Sampai

Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini di Insta Story IG miliknya.

“Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saja menggunakan gambar-gambar Gaza untuk buka tabung.

Korang research lah sendiri banyak kes viral di Malaysia tentang ada sumbangan yang tidak sampai dekat Gaza.”

– Caprice

Menurut Caprice, ada penduduk Gaza sudah lama memendamkan perasaan ini namun tidak tahu untuk meluahkannya. Lalu, segala isi hati mereka diluahkan kepada Caprice.

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'
Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'

“Orang Gaza sudah lama tahu benda ini tapi tiada siapa bongkar rahsia ini atas ada platform besar untuk beri 1 Malaysia sedar”

– Caprice

Difahamkan penduduk Gaza terkilan dengan sikap segelintir orang Malaysia dengan imej ‘alim’ dan pakai kopiah yang memperalatkan kemiskinan mereka untuk meraih simpati. Namun, kata-kata ini tidak ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew tapi ada sesetengah pihak di luar sana yang mengambil kesempatan atas kesempitan di Gaza. Caprice juga memberitahu, penduduk Gaza mengadu sumbangan derma tidak sampai kepada mereka padahal tabung banyak dibuka dan berjaya mengutip wang sumbangan sampai ratusan ribu ringgit.

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'

Maruah Anak-Anak Kecil Tak Dijaga

Caprice ada menegur Ustaz Ebit Lew mengenai isu gambar memberikan hadiah berupa alat permainan kepada kanak-kanak miskin di Gaza melalui aplikasi Whatsapp.

Caprice berkata, penduduk Gaza kecoh apabila pemberian mainan kepada kanak-kanak di Gaza umpama sesi fotografi atau photoshoot. Malah penduduk Gaza sedih kerana maruah anak-anak miskin tidak dijaga.

“Caprice adalah nombor satu penyokong Ustaz selama ini. Pasal mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice pasal gambar tersebut”

– Caprice

Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.

Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan Di Palestin, Sekali Ini Tindakan Uel Buat Dia Sedih
Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.
Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'

Caprice Tegur Ustaz di Whatsapp

Ada pengikut Caprice berpendapat, Caprice sepatutnya menegur secara private dan bukan secara terbuka di Insta Story. Namun, Caprice ada alasan beliau sendiri kenapa beliau perlu membangkitkan isu ini. Beliau mengakui sudah menegur Ustaz Ebit Lew secara peribadi melalui mesej di Whatsapp tapi Caprice terasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat Insta Story milik Ustaz Ebit Liew. Menurut Caprice, Ustaz Ebit ada menyiarkan hantaran mesej beliau di Telegram. Kemudian ada team Ustaz Ebit Liew memetik nama Caprice dan ini membuatkan Caprice rasa pelik. Caprice percaya dengan kata pepatah, siapa yang makan cili dia akan rasa pedas.

“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.

– Caprice
Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'
Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'
Ebit memberikan mainan kepada kanak-kanak ketika berkunjung ke perkampungan mereka di Gaza.

Antara Isu Kandungan Mesej Teguran Caprice Kepada Ustaz Ebit

“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.

“Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,”

Kecoh Di Twitter! Netizen Dakwa Caprice Tidak Puas Hati Dengan Ebit Lew

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama  tapi kena pose untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam ‘Photoshoot’? Dah lah selama ini diorang tahu ada banyak kes benda macam ini berlaku”

“Dan maruah budak miskin ini tidak dijaga”

“Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni,” katanya.

“Kita tegur idola kita secara peribadi dulu minta tolong. Sebab yang kena hadam, apa yang sedang berlaku di Gaza adalah Caprice. Dia sudah balik”

Akaun IG Caprice Kena Block

Setelah menegur Ustaz Ebit di Whatsapp, Caprice memberitahu, akaun Instagramnya telah diblock atau disekat oleh Ustaz Ebit Lew.

Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.

“Akhirnya, Caprice kena Block. Kita rasa sedih. Sakit Hati. Dan Malu. Ini ke idola Caprice selama ini. Bukan ke Islam ajar kita untuk minta maaf dan maafkan orang?”

“Padahal benda kecil je. Tapi tak sangka sampai jadi macam ini. Selama ini kita sokong dan backup Ustaz di sosial media. Caprice tegur secara peribadi dulu pasal apa orang Gaza kongsi dekat Caprice. Last-last kena block.”-

– Caprice
Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.

Caprice juga mendakwa seorang bodyguard seperti ingin menarik perhatian di TikTok dan social media dan bakar hubungan Caprice dengan Ustaz Ebit.

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan di Palestin, Akaun IG Caprice Kena ‘Block'

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkesempatan untuk bertemu dengan Ustaz Ebit Lew di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan telah meraih perhatian rakyat Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai misi dan matlamat yang sama untuk membantuk penduduk Gaza.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.

Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi rap popular Caprice hangat diperkatakan berikutan dia telah memberi petunjuk terdapat satu perihal besar yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Caprice Tegur Ebit Liew Isu ‘Show Off’ Misi Bantuan Di Palestin, Sekali Ini Tindakan Uel Buat Dia Sedih
Caprice bersama Ebit di Gaza.

Caprice Bakal Dedahkan Kebenaran Pada 21 Julai

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram nya sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata isu tersebut mempunyai kaitan dengan misi kemanusiaanya di Gaza dan akan mendedahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada Rabu hadapan(21 Julai 2021).

Dalam pada itu, tular pula sebuah video yang mengandungi beberapa tangkap layar status dan komen penyanyi itu yang kononnya dikatakan merujuk kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Selain dikatakan menyindir Ebit, netizen turut membuat spekulasi bahawa pendedahan yang bakal dibuat oleh Caprice adalah mengenai pendakwah yang disegani ramai itu.

Netizen Kecam Caprice, Dakwa Perli Ebit

Menjengah ke laman Twitter, netizen mula mengecam hantaran Caprice sebelum ini dan tidak menyangka ia merujuk kepada Ebit.

Bagaimanapun, segelintir daripada mereka meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi awal dan menunggu penjelasan yang sebenar dibuat oleh Caprice pada 21 Julai kelak.

Terdahulu, Caprice berkesempatan untuk bertemu dengan Ebit di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan tersebut ternyata membuatkan ramai terharu berikutan rata-rata menyifatkan mereka seperti hero rakyat Malaysia yang sanggup menggadaikan nyawa demi misi kemanusiaan di Gaza.

Sharnaaz Ahmad Nasihat Caprice, Jangan Fikir Macam Budak-Budak Sampai Ramai Yang Hilang Hormat

Masih ramai yang tertanya-tanya tentang isu Caprice dan ini mengejutkan banyak pihak apabila mengetahui kisah sebenarnya apabila Caprice membongkar kisah belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew di Gaza.

Ada netizen masih keliru dengan pelbagai andaian tentang apa yang berlaku namun jelas tindakan Caprice atau Ariz Ramli, 33, itu mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin.

Semalam, pelakon Sharnaaz Ahmad telah berborak santai bersama Caprice di IG Live dan Sharnaaz meluahkan rasa lecewa dengan perbalahan membabitkan Caprice dan Ustaz Ebit. 

“Orang sedang tengok anda di sana, tak perlu nak cipta gelombang tertentu seperti nak dedahkan sesuatu yang besar… apa masalahnya brother?

“Anda adalah orang yang baik, mungkin wujud isu mental kerana apa yang anda lihat di sana tak seperti yang dibayangkan.

– Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad Nasihat Caprice

“Saya kenal anda, memang ada benda yang anda cakap pakai otak… tapi sekarang anda buat perkara yang buatkan kami hilang rasa hormat, jangan buat benda mcm ni,” katanya.

“Ada cara nak selesaikan, sebelum ni orang pandang tinggi pada anda. Tapi sekarang ni orang nampak anda bergaduh sesama sndiri… gaduh dengan team Ebit. “Jangan jadi perangai budak-budak la mat! Kita dah besar, kita ni mewakili negara dan Islam.

“Tolonglah selesaikan secara senyap, buat cara baik dan uruskan dengan betul tapi jangan cetuskan kontroversi yang tak sepatutnya,”

– Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad Nasihat Caprice

Pada sesi yang disaksikan hampir 250,000 pengguna Instagram itu, Caprice turut menitiskan air mata apabila Sharnaaz memintanya segera selesaikan misi di Gaza dan pulang ke Malaysia.

Caprice Minta Maaf

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati tentang isu ustaz Ebit Lew. Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur,”

– Caprice

Bagaimanapun kata Caprice dia belum bersedia untuk pulang selagi masalah politik yang berlaku di tanah air tidak diselesaikan dengan baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Nyanyi Lagu SENGSARA Untuk OST Filem Eksklusif DENDAM PENUNGGU

Kerajaan Beri Bayaran Tambahan RM1K Untuk Semua Yang Layak, Ini Yang Anda Perlu Tahu