in

Promo: FLY FM’S MUST WATCH MOVIE – GONE BABY GONE

Peluang anda untuk memenangi 4 keping tiket untuk menyaksikan filem terbaru di pawagam iaitu GONE BABY GONE. Korang yang menang akan dapat menonton filem ini pada 18 Mac 2008 pasti di GSC Pavillion pastinya dinantikan oleh korang kerana keupayaan filem yang berjaya mengundang kontroversi.

Dibintangi oleh barisan bintang yang tidak asing lagi seperti Casey Aflleck, Morgan Freeman, Amy Ryan, Ed Harris dan ramai lagi, filem ini mengisahkan penculikan seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun. Dua orang polis terpaksa bergabung tenaga dengan seorang detektif and ketua polis yang menyaksikan kes penculikan ini adalah bukan sekadar kes biasa, malah melibatkan jenayah dera dan dadah. Apakah yang akan berlaku selanjutnya? Mampukah mereka menyelesaikan teka teki ini?

Dengarkan isyarat SMS FLY FM sepanjang minggu ini. Bermula daripada 10hb Mac hingga 16hb Mac 2008, hantarkan SMS anda dengan menaip BABY ke 33399 apabila anda mendengar isyarat tersebut.
 
Jadi, tunggu apa lagi? Setia bersama FLY FM and siapa tahu, anda mungkin membawa pulang 4 keping tiket tersebut!

Untuk keterangan lanjut sila layari www.flyfm.com.my

[tags]promo fly fm, peraduan fly fm, gone baby gone review, dvd download, Casey Aflleck, kim ah jong, jimmy choo, cleo bachelor of the year, teen pageant, blog jeef ooi, Morgan Freeman, Amy Ryan, Ed Harris[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan AF6: RINA Nenek 2 Cucu Fenomena Mama Blues

Siluet Band Kembali Menggegarkan Hard Rock Café, Kuala Lumpur