in ,

Isu Curang Dengan Izin Allah, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Sejak pagi tadi, kenyataan dari mulut seorang selebriti media sosial bernama Andika Putera berkenaan isu curang telah membuatkan netizen bengang. Ini cukup disesali oleh netizen.

Menurut kata Andika Putera perbuatan curang itu sebenarnya adalah atas izin Allah. Aduyai, ada ke patut cakap macam tu. Fikir la sikit sebelum mengeluarkan kenyataan. Awak tu selebriti popular! Influencer kot! Pandangan awak akan mempengaruhi budak-budak hingusan di luar sana! Faham!

Netizen sama sekali tidak bersetuju dengan kata-kata ‘positif’ yang dilakukan ‘pakar motivasi’ muda itu dalam mengulas isu artis berlaku curang.

“Dika selalu..pergi mamp*s apa orang nak cakap. Dika selalu tengok macam..apa yang Allah gerakkan”

Katanya lagi setiap tindak tanduk seseorang itu datang daripada Tuhan yang ‘menggerakkan’ hati seseorang itu melakukan sesuatu tindakan.

“Dia tu curang dengan izin Allah, dia tu pun pergi rumah perempuan tu dengan izin Allah, siapakah kita nak marah dengan orang tu dengan izin Allah, Allah maha mengetahui segala-galanya.

Dia curang sekalipun Allah yang menggerakkan hatinya untuk pergi dan mana tahu lepas tu dia baik gila-gila, dia jadi alim teruk, baik gila-gila”

“Kita dok marah dia bodoh, curang, kaki perempuan, bla bla bla, tapi tak pernah cakap pula oh bagus kau buat salah, nanti mesti kau jadi baikkan? Takpe aku doakan kau jadi baik”

– Andika Putera

Andika rumuskan lelaki yang terkena tempias akibat isu tersebut mungkin insecure dengan apa yang orang cakap.

“Tapi kalau orang tu tahu tentang diri dia lemah, dia tahu diri dia, ‘aku pun buat salah’, ‘aku macam mana sekalipun aku buat salah’ dia takkan nilai orang lain, percayalah kalau diri kita takut dengan Allah, kita takkan nilai sesiapa pun sebab kita tahu, dengan izin Allah lah orang tu buat jahat.”

– Andika Putera

Pendek kata, apa yang nak jadi tu jadilah, kalau tak jadi, jadi lah. Boleh tengok video selanjutnya di dalam video ini.

Namun begitu, Andika ada tampil memberikan keterangan maksud yang cuba disampaikan setelah memadam video tersebut.

Akui kesilapannya kerana timbul kekeliruan, dia menjelaskan bahawa setiap manusia diberikan fikiran untuk menilai yang baik dan buruk.

“Manusia diberikan fikiran oleh Allah untuk kita berfikir mana baik dan buruk. Kita boleh pilih untuk buat baik dan buat jahat. Tetapi semua perbuataan kita dengan izinnya Allah melalui ALLAH REDHA ATAUPUN TIDAK. Tiada daya kita ni nak berjalan pun tanpa izin Allah.”

Katanya lagi, satu kesilapan yang dilakukan itu boleh jadi asbab kepada seseorang itu.

“So kita buat salah ni salahkan Allah , sebab Allah izin? Dika ada ke cakap macam tu. itu semua tokok tambah daripada orang orang yang melihat video tu. Allah tak redha kita buat salah dalam masa yang sama Allah izinkan. Sebab apa? Allah maha mengetahui segalanya. Boleh jadi satu asbab dari kesilapan kita, jahil kita, aib kita yang buat atas pilihan sendiri dengan izin Allah perbuataan kita, kita berubah , mendekatkan diri lagi kepada Allah.”

Malah, Andika juga bukanlah menyokong untuk lelaki melakukan curang. Tapi meminta agar tidak mengecam sebaliknya mendoakan seseorang.

“Pasal curang? DIKA TAK SUPPORT PON CURANG. Curang itu salah. Salah masih salah. Dosa masih dosa. Tapi benci perbuatan, bukan benci manusia yang perbuataan tersebut. Manusia semua buat silap. Kita bukan sesiapa nak menilai manusia , sebernanya kita perlu mendoakan, jangan kecam dia, doakan kebaikkan, daripada asbab Allah tunjukkan kantoi tulah, dia berubah menjadi sangat setia, sangat penyayang, berhenti buat maksiat dan lebih rapat kepada Allah.”

Isu ini nampaknya semakin menjadi bualan hangat biarpun Andika sendiri telah tampil memberikan penjelasan. Rata-rata netizen nampaknya tidak bersetuju dengan ulasan ‘pakar motivasi’ tersebut kerana mempergunakan agama dalam melakukan kemungkaran.

Isu Curang Dengan Izin Allah, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Jadi, pengguna media sosial telah meminta pendapat daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri melalui Twitter. Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hani Ismail juga telah memohon Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyiasat kenyataan video tersebut setelah tular di laman sosial.

Isu Curang Dengan Izin Allah, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Tidak lama selepas itu, pihak admin Menteri Agama telah memberi respon dan meminta Pejabat Mufti meneliti perkara ini secepatnya.

Isu Curang Dengan Izin Allah, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli sendiri berpendapat bahawa kenyataan ‘curang itu adalah atas izin Allah’ itu tak betul.

Allahul Musta’an. Sangat tak betul kenyataan ini,”

Setelah dikecam hebat, Andika sekali lagi memuat naik video menjelaskan salah faham tersebut dengan penerangan-penerangan yang membuatkan netizen bertambah geram kerana tindakannya seperti menegakkan benang yang basah. Andika juga dikatakan akan buat video baru untuk explain. Sama-sama kita nantikan apakah hujahnya. 

Dunia zaman sekarang senang je nak popular, buat kenyataan yang membuatkan netizen keliru. Kemudian bila netizen melenting di sosial media, nama akan disebut-sebut dan menjadi popular. Tunggu beberapa hari, keluarkan kenyataan balas atau memohon maaf. Selesai kerja mempromosikan nama sendiri walaupun nama dah jadi busuk!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lebih Sebulan Dikuarantin, Heliza & Hazwani Helmi Dedah Positif Covid-19

Filem ZACK SNYDER’S JUSTICE LEAGUE Bakal Ditayangkan di HBO Go Pada 18 Mac Ini