Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

7 Fakta Penting Tentang Masjid Al-Aqsa Yang Ramai Tak Tahu

Mungkin ada di antara kita yang tak tahu bahawa jika anda melakukan pencarian Masjid Al-Aqsa di Google, kebanyakan gambar yang terpapar iaitu struktur kubah berwarna emas.

Sebenarnya, struktur kubah emas ini bukanlah Masjid Al-Aqsa walaupun ramai di antara kita yang tersalah anggap. Struktur ini adalah Qubbat As-Sakhrah atau Dome of the Rocks (Kubah Batu), dan ia berbeza dengan Masjid Al-Aqsa.

Kekeliruan ini berlaku kerana Dome of the Rock ini terletak dalam kawasan Al-Aqsa, berhampiran dengan masjid di situ.

1. Bukan hanya satu masjid

Sebenarnya terdapat banyak masjid di tapak yang mana kita kenali sebagai Masjid Al-Aqsa.

Kita cenderung menganggap Masjid Al-Aqsa sebagai bangunan di sudut paling selatan masjid ini dengan kubah berwarna perak gelap, tetapi sebenarnya itu adalah Masjid Qibli.

Ia mendapat nama ini kerana berada di kedudukan paling dekat dengan kiblat.

Masjid ini dibina pada zaman Kalifah Abdul Malik bin Marwan dan disiapkan pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik.

Al-Aqsa, seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, merujuk kepada seluruh plaza di Baitulmaqdis termasuk dengan masjid, arena, gerbang, air pancut, menara dan banyak mercu tanda keagamaan dan bersejarah lainnya.

Seluruh tanah di sebalik dinding kompleks ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa, juga disebut sebagai al-Haram as-Sharif.

2. Disebutkan dalam Al-Quran 

Selain daripada Kaabah, Masjid Al-Aqsa adalah satu-satunya masjid yang dinyatakan dalam Al-Quran:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa’ 17:1) 

3. Dome of the Rock asli kelihatan sangat berbeza

Dome of the Rock dibina oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik ibn Marwan.

Ia pada asalnya adalah kayu dengan penutup tembaga, plumbum atau seramik.

Kubah ikonik yang kita semua kenal pada hari ini berwarna emas itu dibina hampir seribu tahun kemudian semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah, Suleyman the Magnificent.

Lapisan emas khas ditambahkan ke kubah bersama dengan jubin Uthmaniyyah ke fasad bangunan.

4. Kompleks tanah perkuburan

Walaupun tidak ada catatan yang tepat tentang siapa dan berapa orang yang dikebumikan di sini, tanah perkuburan di al-Haram as-Sharif adalah tempat bersemadinya ramai Nabi dan para sahabat Rasulullah S.A.W.

5. Pernah menjadi tempat pembuangan sampah

Ketika orang Rom mengusir orang Yahudi dari kota tersebut, sebahagian besar penduduk Rom menggunakan kawasan Masjid Al-Aqsa sebagai tempat pembuangan sampah.

Ketika Saidina Umar R.A. membuka kota ini untuk Islam, beliau membersihkan sampah dengan tangannya sendiri.

Beliau juga mengakhiri pembuangan orang Yahudi selama berabad-abad, lantas memberikan keluarga-keluarga pelarian ini hak untuk tinggal di Baitulmaqdis sekali lagi.

6. Tempat tinggal Al-Ghazali

Salah seorang sarjana paling terkenal dalam sejarah Islam iaitu Imam Abu Hamid Al-Ghazali, menghabiskan masa hidupnya di Masjid Al-Aqsa.

Di sinilah lokasi di mana Imam Al-Ghazali menulis apa yang dianggap sebagai karya agungnya, Ihyaa Ulum Al-Din (Kebangkitan Ilmu Agama).

Sebuah bangunan di masjid ini menandakan tapak bilik lamanya.

7. Pernah musnah terbakar

Pada tahun 1969, keseluruhan Masjid Qibali telah terbakar. Sejak itu masjid ini dibina semula, tetapi kejadian yang berlaku tidak lama dahulu ini menunjukkan betapa pentingnya kita menjaga tapak suci ketiga dalam Islam ini.

NGO dari United Kingdom iaitu Muslim Hands telah telah bekerjasama dengan Wakaf Al-Aqsa sejak tahun 2008, menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pemeliharaan yang penting.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version