in

6ixth Sense Lancar Album Tambah Tolak Darab Bahagi

6ixth Sense telah memilih tarikh 1 Jun 2010 untuk melancarkan album terbaru mereka berjudul +-x/ (tambah, tolak, darab dan bahagi). Agak pelik judul album mereka kali ini. Macam nak masuk kelas matematik pulak kan? Semua itu, menimbulkan pertanyaan di majlis pelancaran album yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Berlangsung pada jam 3 petang, majlis ini dihoskan oleh penyampai Era dan turut dihadiri oleh peminat 6ixth Sense dan para media.

Mujahid Abdul Wahab dari Rumpun Records

Turut hadir ialah saudara Mujahid Abdul Wahab (bekas anggota kumpulan NowSeeHeart) selaku wakil dari Rumpun Records.

Antara lagu yang terkandung dalam album ini ialah Yang Sempurnakanku, Pemilik Hati, Haruskah, Khatimah Cinta, Kita Boleh, Cinta Yang Sempurna, Sepi, Menyesal dan Cinta Matiku.

Band 6ixth Sense dianggotai oleh 5 orang anak muda ini telah mencipta banyak kejayaan semenjak berkecimpung dalam industri muzik tanahair 5 tahun lalu. Uniknya mereka adalah di mana vokalisnya iaitu Adi Priyo Sambodo berasal dari Indonesia. Setelah melahirkan 2 buah album iaitu Hari Ini dan 6ixth Sense, tahun 2010 menyaksikan 6ixth Sense kembali muncul dengan album ketiga mereka.

Ramai yang dah tahu, band ini telah mengaut untung dengan kejayaan muat turun melebihi setengah juta unit menerusi lagu Khatimah Cinta yang turut termuat dalam album ini. Konsep album kali ini ialah varisi muzik dengan eksperimen pelbagai muzik. Mereka harap konsep ini dapat diterima oleh peminat.

Kematangan mereka ternyata jelas menerusi susunan muzik yang disulami string dalam lagu Menyesal dan ia bisa meruntun hati dan emosi pendengar. Begitu juga dengan kehebatan lagi seperti Haruskah serta Cinta Matiku juga tak kurang hebatnya yang menguji kekuatan vokal Adi.

Vokalis Adi

6ixth Sense tak ketinggalan mempertaruhkan lagu ringan untuk halwa telinga pendengar, Menerusi lagu Pemilik Hati (Tanpa 2) dan Yang Sempurnakanku, lirik dan melodi yang ringkas nyata menghiburkan tanpa perlu menanggung elemen perasaan yang berat. Malah, finalis bagi kategori artis kumpulan paling popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada April 2010 yang baru berlalu ini begitu patriotik memperjuang kehebatan Malaysia menerusi lagu berjudul Kita Boleh.

Turut disenaraikan dalam album ketiga ini adalah single yang pernah menjadi hits di radio Malaysia dan Indonesia iaitu Cinta Yang Sempurna gandingan bersama Noe Letto dan Adi.

Muzik yang segar dan vokal mantap Adi yang nyaring membuatkan album ini pasti laris dan diterima oleh semua. Adi akui album ini adalah yang terbaik pernah mereka hasilkan.

Mengapa diberi judul +-x/? Ya, kedengaran agak unik. Sebenarnya, ia agak simbolik dengan isu-isu kehidupan di mana kesemua lagu adalah berkisar tentang hubungan antara alam, manusia dan Tuhan.

Album ini adalah mengenai kehidupan. Ada yang bertambah dan ada yang berkurang. Kehidupan juga seperti formula matematik juga, semuanya terpulang kepada individu untuk menentukan perjalanan masing-masing. Perlakuan baik perlu ditambah dan diteruskan setiap masa. Manakala, kita perlu menolak dan mengurangkan segala sifat jahat yang ada dalam diri. Begitu juga dengan sifat kasih sayang dan cinta. Perlu ditambah dan disuburkan dari masa ke semasa. X (kali) pula – kita perlu menggandakan kasih sayang terhadap semua makhluk serta kasih yang diberi perlulah adil dan dibahagi (/) dengan sewajarnya.

Album yang dihasilkan sepenuhnya oleh 6ixth Sense ini akan sudah pun berada di pasaran mulai 14 April 2010. Dapatkannya di pasaran sekarang!

Kumpulan 6ixth Sense kini sedang sibuk menjayakan rangka promosi untuk album terbaru mereka di seluruh Malaysia. Dengan kerjasama DiGi, band ini akan mengadakan konsert DiGiTour di 10 lokasi. Mereka juga dalam perancangan untuk mengadakan rangka promosi album mereka di negara seberang pada sekitar bulan September nanti. Malah, turut akan dalam perancangan untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan.

Antara foto yang Budiey sempat snap!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Selebriti Berhibur Sakan Selepas Berbuka

Faizal Tahir Duta Kempen Kemanusiaan TV3