in ,

6ixth Sense Di Sarawak Dalam Xpresi Kembara TV1

KEMBARA 6IXTH SENSE DI SARAWAK DALAM XPRESI KEMBARA TV1

Pasti menarik untuk menyaksikan gelagat dan aksi anggota Kumpulan 6ixth Sense yang sedang hangat menerusi single terbaru mereka, Khatimah Cinta meluangkan masa mengunjungi destinasi-destinasi menarik di Sarawak dan ianya direalisasikan menerusi program traveloge popular Xpresi Kembara terbitan Unit Ehwal Awam RTM.

4028535042 C07541321A O | 4

Bakal bersiaran dua episod pada 24 dan 31 Oktober 2009 (Sabtu) kelak jam 10.31 pagi di TV1, band remaja dianggotai Adi Priyo (vokal), Wan (dram), Gjie (gitar utama), Ayoy (pemain bass) dan Athan (pemain gitar kedua) ini menjanjikan percutian yang menarik untuk dikongsi sama peminat setia yang ingin berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan mereka.

Cukup menarik kerana menerusi siaran episod pertama, penonton yang menyaksikan program ini berpeluang dibawa berkunjung ke perkampungan Orang Iban Lemanak. Siapakah Orang Lemanak? Bagaimanakah kehidupan seharian Orang Lemanak? Persoalan ini akan terjawab apabila kelima-lima anak muda yang pernah menyandang Anugerah Lagu Paling Popular menerusi lagu bertajuk Tanpa pada Pertandingan Hits 1 Akhir tahun lalu meluangkan masa sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Pastinya kenangan manis ingin dikongsi sama dengan peminat apatahlagi inilah pengalaman pertama kalangan  mereka belajar cara berburu di hutan, mandi sungai di perkampungan Orang Iban, belajar menyumpit dan menaiki bot panjang menyusuri sungai Sarawak. Turut dikongsi sama saat-saat keterujaan masing-masing memasak nasi menggunakan buluh yang sememangnya biasa diamalkan apabila berada di hutan. Kesempatan yang ada digunakan juga si pelantun vokal, Adi yang berasal dari Jember, Indonesia ini menghiburkan kaum etnik ini mempersembahkan lagu popular mereka secara akustik.

Aktiviti kembara mereka turut singgah melawat orang utan dan mendekatkan hubungan dengan mereka di Pusat Hidupan Liar Semenggoh sebelum mengunjungi Gua Angin dan Gua Pari-Pari yang menjadi tarikan pelancongan semulajadi selain kembara menyusuri dua gua yang istimewa ini.

Kesinambungan momen-momen indah berada di negeri yang terkenal dengan kampung budayanya itu diteruskan mereka dengan berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak termasuklah melawat kesemua jenis rumah panjang kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi untuk mengenali dengan lebih dekat lagi suku kaum mereka yang sememangnya unik dan mengagumkan. Kelima-lima mereka juga seronok dihidangkan makanan tradisional suku kaum masyarakat di Sarawak seperti ikan tahai yang pastinya sukar didapati di Semenjung Malaysia.

Sudah nama pun pemuzik, 6ixth Sense mengambil kesempatan bertukar pandangan dan idea dengan pemuzik tradisional Sarawak dan mereka berkolaburasi menyanyikan lagu-lagu 6ixth Sense dengan diriingi alatan muzik tradisional Sarawak seperti Jantung Lutang, Engkurong dan Sape.

Aktiviti berkayak sepanjang sungai Sarawak diteruskan mereka sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang dapat dijadikan kenangan manis apabila menyaksikan sendiri monyet-monyet, batu-batu kapur dan juga aktiviti dilakukan masyarakat yang tinggal di hutan persisiran sungai Sarawak. Malah River Cruise di Sarawak Waterfront turut menyaksikan mereka sempat merakamkan klip video Khatimah Cinta yang sedang popular dan menduduki carta lagu di Malaysia masa kini.

Pastikan temu janji anda menyaksikan Xpresi Kembara bersama 6ixth Sense pada 24 dan 31 Oktober 2009 (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Notebook HP Product Worlds Thinnest Full Performance

Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy