in

Artis Popular Berkongsi Rahsia Kecantikan Dalam Program CANTIK

Kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi bergelar selebriti yang sentiasa dipandang cantik oleh peminat. Tidak kurang juga dalam menjaga stamina dan kesihatan.

Dalam berkongsi bagaimana selebriti membuat rawatan kecantikan di Spa dengan peminat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah kesihatan terbaharu yang turut berkongsi mengambilan nutrisi dari buah-buahan dan aktiviti riadah yang dilakukan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan.

Program majalah kecantikan bertajuk “Cantik” ini menemui penonton mulai 29 Disember ini, setiap Selasa, pukul 10.05 pagi di TV1. Tiga segmen menarik melibatkan seorang selebriti undangan iaitu segmen Dari Spa Ke Spa, Nutrisi dan Riadah.

Artis Popular Berkongsi Rahsia Kecantikan Dalam 13 Episod Program “Cantik” Di TV1

[dropcap]S[/dropcap]aksikan kemunculan Ameera Rosli membuat rawatan di Happy Feet Spa. Antara rawatan yang dilakukannya ialah urutan kaki, mandian jakuzi dan urutan tradisonal Thai. Doktor Tan Sue Yee menerangkan mengenai khasiat buah anggur dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah anggur. Ameera bersama rakan-rakan melakukan aktiviti BODYPUMP dibawah bimbingan jurulatih Liew Sue Yee di Gym True Fitness.

Seterusnya penyanyi dan pelakon Izzu Islam membuat rawatan di Alami Spa di Sookar Central, Kuala Lumpur. Antara rawatan yang dilakukannnya ialah urutan kaki, urutan wajah, mandian bunga dan skrub kelapa. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah epal dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah epal. Izzu bersama isteri melakukan aktiviti TRX dibawah bimbingan jurulatih Nick di Gym Infinnity.

Peragawati Soo Winci membuat rawatan di Spa True Fitness. Rawatan dilakukannnya urutan badan, urutan, mandian coklat dan urutan batu panas. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah jambu batu dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah jambu batu. Soo Wincci melakukan aktiviti Kick Boxing dibawah bimbingan jurulatih Irwan di Gym True Fitness.

Pelakon yang sedang mencipta nama iaitu Zara Zya membuat rawatan di Spa Kherena, Petaling Jaya. Rawatan yang dilakukannnya urutan badan, mandian bunga dan bertangas. Buah pilihan pada minggu ini ialah buah Mangga. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah mangga dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah mangga. Zara Zya melakukan aktiviti Swedish Ball dibawah bimbingan jurulatih Irwan di Gym True Fitness.

Untitled

Kongsikan rahsia kecantikan pelakon Jasmin Hamid membuat rawatan di Spa D’Aura, Seri Kembangan. Rawatan yang dilakukannnya ialah urutan wajah, pedicure dan madicure. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah tembikai susu dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah tembikai susu. Jasmin Hamid melakukan aktiviti Dance N Fit dibawah bimbingan jurulatih Mike di Gym Synergy.

Episod berikutnya Marsha Milan Londoh membuat rawatan di Alami Spa, Shah Alam. Rawatan yang dilakukannnya urutan tradisional melayu dan bertungku. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah kiwi dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah kiwi. Marsha melakukan aktiviti Circuit Tranning di Ekspress Gym For Women.

Pelakon Almy Nadia membuat rawatan di Spa Tamera, Damansara. Rawatan yang dilakukannnya urutan badan, urutan kaki dan madian herba. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah limau dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah limau. Almy Nadia melakukan aktiviti Zumba di CHI Fitness.

Penyanyi, pelakon dan usahawan Linda Rafar membuat rawatan di Home Spa Ais Therapy, Shah Alam. Rawatan dilakukannnya ialah urutan badan dan mandian ais. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah naga dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah naga. Linda Rafar melakukan aktiviti Pangkration dibawah bimbingan jurulatih Mark di CHI Fitness.

Peragawati dan pelakon Puspa Narayan membuat rawatan di Spa Red Kebaya, Semenyih. Puspa melakukan urutan badan dan mandian limau dan urutan batu panas di wajah. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah strawberi dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah strawberi. Puspa Narayan melakukan aktiviti Tarian Belle.

Pelakon Wan Sharmila membuat rawatan di Ayu Wangi retreat Villa, Damansara. Rawatan dilakukannnya urutan coklat, urutan wajah dan rawatan rambut. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah betik dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah betik. Wan Sharmila melakukan aktiviti Boots Camp dibawah bimbingan jurulatih Ramie dari CHI Fitness.

Untitled

Pelakon Syarifah Sakina membuat rawatan di Spa BEYOND BEAUTY. Rawatan yang dilakukannnya ialah urutan wajah, scrub badan dan rawatan lilin. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah tembikai dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah tembikai. Sharifah Sakinah melakukan aktiviti Camp Citcuit di e- Fitnes, Sunway.

Pelakon Dazrin Kamaruddin membuat rawatan di Spa Emperor, Damansara. Antara rawatan yang dilakukannnya ialah urutan herba, rawatan lilin telinga dan rawatan kuku. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah nanas dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah nanas. Dazrin melakukan aktiviti Boots Camp dibawah bimbingan jurulatih Ramie dari CHI Fitness.

Episod akhir pelakon Fauziah Ghaos membuat rawatan di Spa Tini, Ampang. Antara rawatan yang dilakukannnya ialah mandian herba, rawatan oksigen wajah dan urutan badan. Pakar pemakanan akan menerangkan mengenai khasiat buah avokado dan Chef Sharil menunjukkan demo untuk jus buah avokado. Fauziah melakukan aktiviti Hidrolik Circuit Tranning di Gym Curves.

Zara Zya

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Program CITRA WANITA

Teater TV Nisya Khaleed Kongsi Insiden Pengeboman Berani Mati