in ,

Telemovie GOCOH Angkat Kisah Rasuah Dalam Sukan

Sukan MMA (Mixed Martial Arts) iaitu gabungan acara tinju dan seni mempertahankan diri, semakin diterima dan popular di negara kita. Malah turut menarik minat golongan remaja menceburinya.

Justeru menerusi drama MoU RTM/SPRM berjudul “Gocoh” arahan Hisyam Ahmad dan Mohamad Ikhsan Sukiman terbitan Unit Drama TV RTM, sukan ini dijadikan platform mengetengahkan isu pergolakan rasuah yang saban hari berlaku di mana sahaja. Pastinya ia menyuntik kelainan yang sebelum ini banyak mengetengahkan rasuah sukan bola sepak dan sebagainya.

Untitled

Drama disiarkan pada 8 Disember ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2 ini menampilkan pelakon Pablo Amirul (Megat), Iskandar Zulkarnain (Andy), Nik Harris (Jesse), Kamarool Hj Yusoff (Razif), Chew Kin Wah (Mr Wong), Nadia Heng (Marissa), Azhan Rani (Tuan Ariffin) dan Qistina Raisah (Neni).

Kisahnya berlatarkan watak Megat seorang pegawai SPRM yang berkebolehan dalam bidang silat telah diarahkan untuk menyiasat pergolakan rasuah yang berlangsung dalam sukan MMA. Atas arahan ketuanya, Tuan Ariffin, Megat dikehendaki menyamar sebagai seorang peserta MMA untuk membongkarkan kes suapan yang berlaku dalam sukan tersebut.

Suspek utama yang terlibat adalah Wong, seorang yang sangat berpengaruh dalam sukan itu. Keupayaan Megat dalam bidang seni mempertahankan diri telah membuka minat Wong untuk mengambil Megat menyertai pasukannya dalam sukan MMA.

Megat diperkenalkan dengan Andy, Jesse, Marissa dan Razif. Andy merupakan salah seorang fighter Wong yang ditindas dan sering diabaikan kerana saiz badannya yang tidak tegap dan lebih kecil berbanding fighters lain. Walaupun ditindas, Andy tetap masih lagi ingin meneruskan perjuangannya sebagai seorang fighter MMA.

Jesse, seorang yang sangat berbeza perwatakannya dengan Andy adalah fighter terbaik Wong. Seorang yang angkuh, bongkak, berlagak dan sombong, Jesse berdampingan dengan Marissa, iaitu anak tunggal Wong. Marissa merupakan seorang model yang sangat cantik dan menawan. Razif pula merupakan jurulatih gym milik Wong yang sedia melatih fighters untuk bersaing dalam pertandingan.

Dalam Megat menjalankan siasatan, hubungannya dengan Jesse bertambah tegang membuatkan Jesse berang dan tidak mengendahkan hubungannya dengan Marissa.

Andy semakin menjadi mangsa buli fighters lain dan beliau syaki bahawa perbuatan mereka adalah atas arahan Wong untuk menghalang beliau menyertai pertandingan MMA.

Suatu hari, Andy terjumpa bukti yang mendorong kepada perasuahan untuk membantu Jesse memenangi perlawanannya. Dengan segera Andy memberitahu Megat mengenai bukti yang dijumpainya.

Malangnya, Andy dan Megat ditangkap dan hampir dibunuh. Walaubagaimanapun, mereka telah diselamatkan oleh Tuan Ariffin atas kecekapannya. Segala bukti menunjukkan bahawa transaksi duit rasuah dilakukan dalam laptop Wong.

Megat dan pihak SPRM bergegas ke gym Wong untuk memberkas suspek. Tiba di sana, Marissa ada bersama Wong dan pihak SPRM memberkas Marissa. Atas siasatan Megat dengan menyoal pesalahlaku, mereka telah memberi butiran bahawa Marissa sebenarnya yang membayar mereka untuk kalah kepada Jesse. Wong dan Jesse tergamam kerana tidak sangka bahawa perbuatan Marissa adalah di luar dugaan mereka.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Penonton Tentang Filem POINT BREAK

Kisah Cermin Ajaib Dalam Drama Bersiri Kanak-Kanak KLON