in ,

Program Astro Tutor TV ’30 HARI MENJELANG SPM’ Bantu Calon SPM

Saksikan program pendidikan terbaik Astro Tutor TV di kaca televisyen, aplikasi Astro GO dan on demand

Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, ‘30 Hari Menjelang SPM’ di platform Astro Tutor TV.Untuk 30 hari berturut-turut, dari jam 5 hingga 7 petang di saluran Tutor TV 603, pelajar SPM boleh mengulangkaji pelajaran dengan ‘Pelan A+ SPM’, ‘Misi Studi’, ‘Top Tutor’ dan ‘Top Tips’.

Kesemua program ini meliputi mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta mata pelajaran elektif termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Geografi.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata “Tekanan dan kerumitan persediaan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kini dimudahkan dengan siaran ‘30 Hari Menjelang SPM’ di Tutor TV, sebuah slot sorotan khas program-program pendidikan khusus untuk pelajar SPM yang bakal bersiaran di saluran Tutor TV 603. Ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi memastikan kelangsungan prestasi dan momentum akademik calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari ini terus kekal positif walaupun di sebalik dugaan pandemik yang berlaku pada hari ini. 

Bagi pelajar menengah rendah pula, kami sediakan program edutainment ‘SMK: Study Squad’ mulai 27 Januari, setiap Rabu, jam 3 petang di saluran Tutor TV 602 dan Astro Ceria (611 HD, 631 SD), di mana mereka boleh mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi untuk sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bersama selebriti, Wany Hasrita, Atu Zero dan barisan pelakon siri komedi SMK. 

Besar harapan kami agar inisiatif ini dapat membantu ramai murid dan guru-guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, terutamanya buat mereka yang tidak memiliki akses kepada kemudahan digital. Dengan menawarkan variasi program pendidikan ini di platform televisyen, kami berharap capaian tontonan akan menjadi lebih luas dan dapat dimanfaatkan oleh banyak pihak terutamanya di kalangan mereka yang berada di kawasan luar bandar. Dengan pengisian yang merangkumi tips peperiksaan dan kaedah mengulangkaji pelajaran yang lebih ringkas, interaktif, mudah dan menghiburkan, Tutor TV mampu membantu para pelajar khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM Februari ini. Semoga maju jaya!”

30 Hari Menjelang SPM

Sementara itu, kandungan program TV Pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di Tutor TV tetap disiarkan seperti biasa, dengan lebih 170 episod baharu! Program TV Pendidikan meliputi semua mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran elektif seperti Perniagaan, Ekonomi dan banyak lagi. 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua program pendidikan Astro juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GOdan kemudahan on demandAstro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ivan Tai Bintangi Drama Mini Bersiri A.I In Love Bersama Janna Nick & Dini Schatzmann

AirAsia Foundation Anjur Kempen Sumbangan Buku Kepada Kanak-Kanak