in , ,

21 Seniman Jayakan Konsert Selusur Generasi 21

Konsert Selusur Generasi 21 telah pun berlangsung dengan jayanya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang menerapkan konsep teaterikal dan muzikal dengan melibatkan 21 orang anak seni. Jutaan tahniah buat penganjur!

Konsert Selusur Generasi 21 diilhamkan bersempena Pameran Seni Antarabangsa Generasi 21 : Generasi Figura Budaya Kreatif sebagai sebuah persembahan seni dan muzikalisasi puisi yang menghimpunkan para pemain tersohor dalam industri seni yang terdiri daripada Penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara, Raja Syair Nusantara, Penyair Muda ASEAN, deklamator kebangsaan, penyair, penyanyi, pelakon dan pemuzik yang tergabung menjadi sebuah muzikalisasi puisi. 

21 Seniman Jayakan Konsert Selusur Generasi 21

Acara ini diadakan sebagai merayakan sastera, seni dan budaya Malaysia secara festival yang dikhususkan untuk golongan generasi 21 khasnya dalam usaha memperkasa dan mengantarabangsakan kesenian dan kebudayaan di dalam negara.

21 Seniman Jayakan Konsert Selusur Generasi 21

Acara ini juga diadakan sebagai sebuah usaha menjambatani hubungan masyarakat antarabangsa melalui puisi dan sastera. 

Bertemakan Generasi Figura Budaya Kreatif, Konsert Selusur Generasi yang akan disiarkan pada 10 Oktober 2021 ini membariskan 21 orang seniman terkenal antaranya Prof. Dr. Lim Swee Tin, Sani Sudin, Roslan Madun, Asmidar, Umar Uzair, Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Radzi, Lin Haslinaz, Ayudez Zuraina, Aqi Azmi, Zack Kirana, Dr. Shafa’atussara, Ahmad Syukri Abdullah, Wan Yusuf, Salman Al-Farisi dan ramai lagi. 

Ditayangkan bermula jam 8.30 malam di saluran Facebook Generasi Pameran dan Youtube Generasi 21 International Art Show, uniknya Konsert Selusur Generasi 21 telah dirakamkan terlebih dahulu di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang menerapkan konsep teaterikal dan muzikal.

21 Seniman Jayakan Konsert Selusur Generasi 21

Konsert arahan penyanyi dan penyair Umar Uzair serta deklamator kebangsaan Lin Haslinaz ini merupakan sebuah kerjasama PENA, Balai Seni Negara, UPSI, Katarsis Seni, Meja Poedjangga, Matic, Kelab Deklamator Malaysia dan SMK Seri Keramat serta mendapat sentuhan suntingan dari kumpulan tenaga kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

21 Seniman Jayakan Konsert Selusur Generasi 21
21 Seniman Jayakan Konsert Selusur Generasi 21

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

13 Kategori Bertanding, Kini Undian ANUGERAH DRAMA SANGAT Bermula!

Azzam Shah Selamat Bertunang Dengan Sheryl Shazwanie