in

“Jiwa Kacau”, Dokudrama Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Masyarakat di TV1

Memenuhi permintaan masyarakat yang semakin peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan maklumat penyakit, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokudrama perubatan bertajuk “Jiwa Kacau”.

Mudah difahami, dokudrama ini membawa satu lakonan drama bagi memberi gambaran tentang jenis penyakit yang berkaitan dengan psikologi dan psikiatri mengikut rawatan dalam bidang kedoktoran dan juga dari sudut agama.

Program 13 episod disiarkan setiap Selasa, pukul 12.30 tengah hari di TV1 bermula 14 Disember ini memaparkan topik memberi tumpuan merangkumi Penyakit Skizofrenia, Post Traumatic Stress Disorder, Ketagihan Dadah, Autisme (Autism), Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Alzheimer, Postpartum Psychosis (Meroyan), Transvestite, Stress, Anorexia Nervosa, Sindrom Othello, Agoraphobia dan Bipolar Disorder.   

Program ini turut menemu bual doktor pakar perubatan psikiatri Dr. Hazli Zakaria, di samping penerangan dari sudut agama juga diberikan oleh Ustaz Tuan Asmawi, Pakar Motivasi.

Episod bermula dengan tajuk “Skizofrenia” tentang remaja lelaki, Amir yang berubah sikap secara tiba-tiba sahaja kepada menjadi panas baran apabila fikirannya terganggu. Penyakit halusinasi membuat dia bertindak ganas dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya atau musuh halusinansinya. Penerangan Dr. Hazli Zakaria, Pakar Psikiatri– Skizofrenia adalah penyakit yang melibatkan gangguan dari segi pemikiran yang tidak dapat membezakan di antara realiti atau fantasi. Di samping penerangan doktor pakar, penerangan dari sudut agama juga diberikan oleh Ustaz Tuan Asmawi.

Dalam episod “Post Traumatic Stress Disorder” bermula dengan tragedi tsunami yang berlaku membawa kesan hitam dalam hidup Liyana yang kehilangan Umairah, ketika bercuti di Acheh, tanpa restu dari bekas suaminya. Pemikiran Pn. Liyana akan terbayang wajah anaknya apabila berjumpa budak perempuan yang sebaya anaknya. Akhirnya Pn. Liyana pergi berjumpa dengan pakar Psikiatri untuk membantu rawatannya.

Seterusnya isu “Ketagihan Dadah” tentang Haikal yang ketandusan idea untuk menyiapkan kerja menulis novelnya telah dipengaruhi kawannya, Muis mengambil dadah untuk mendapatkan idea menulis. Dia mula ketagih dan menjadi baran sehingga sanggup menceraikan isteri. Haikal terselamat sebelum terlewat apabila berada di Pusat Serenti.

Banyak lagi yang ingin dikongsikan termasuklah dalam episod “Autisme (Autism)”, kisah Kei, kanak-kanak berpenyakit Autisme (Autism), selalu mengundang kemarahan orang disekelilingnya. Namun Kei memiliki kelebihan sendiri iaitu kemahiran bermain alat muzik. Manakala episod “Obsessive Compulsive Disorder (OCD)” tentang penyakit seseorang yang terlalu inginkan “perfection” dalam segala perkara. Ketahui juga lebih lanjut penyakit “Alzheimer”. 

Topik yang menjadi tumpuan kini iaitu “Postpartum Psychosis (Meroyan)” yang dialami oleh seorang ibu selepas melahirkan anak. Ini adalah kerana sesetengah ibu tidak dapat menerima proses perubahan diri yang disebabkan oleh keadaan luaran yang berkaitan. Penyakit ini perlu dirawat secara berjumpa dengan pakar psikolgi dan mengambil ubat berkaitan yang dicadangkan oleh pakar.

Walaupun kedengaran janggal namun penyakit “Transvestite” berlaku di kalangan masyarakat kita. Ia tentang penyakit seseorang lelaki yang bersifat jasmani lelaki tetapi gemar menjadi perempuan apabila dia bersendirian. Pesakit Trasvestite akan merasa seronok apabila berpakaian wanita. Rawatan kaunseling dan psiko terapi serta bantuan ahli keluarga dan rakan terdekat boleh membantu mengubah sikap pesakit.

Lain-lain episod termasuklah “Stress”, “Anorexia Nervosa”, “Bipolar Disorder”, “Sindrom Othello” (penyakit atau kecelaruan dilusi dengan sifat kecemburuan melampau yang selalunya berlaku dalam perhubungan suami isteri) dan “Agoraphobia” (pesakit akan menjadi panik apabila berhadapan dengan orang umum). 

Bagi mereka yang terlepas siarannya untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamal Adli 1 | 19

Dalam Diam, Rupanya Uqasha Senrose & Kamal Adli Sudah Nikah 5 November Lalu

Gila-Gila Cinta

Sinopsis Drama Romantik Komedi GILA-GILA CINTA Ditayangkan di TV3