in , ,

Zulin Aziz Mahu Saman Netizen Yang Tuduhnya Persoal Saman Siti Nordiana

Khabarnya, Zulin Aziz Mahu Menyaman Netizen Yang Menuduhnya Persoal Saman Siti Nordiana. Nampaknya Isu Saman Menyaman Semakin Merebak Tatkala Mendepani Pandemik Covid 19.

Sebelum ini, Zulin menafikan dakwaan mempersoalkan saman yang dikeluarkan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana kepada lima individu, Kata Zulin, komennya itu telah dimanulasi segelintir pihak. 

Katanya dek kerana fitnah tersebut, Zulin berkata dia dikecam teruk oleh netizen malah turut tertekan apabila dituduh mengutuk Siti Nordiana. 

“Seperti yang saya maklumkan,saya tidak marah sekiranya anda tidak setuju,teguran,beri nasihat…tetapi bahasa yg anda lemparkan kepada saya berbaur fitnah dan menjejaskan nama baik dan perniagaan saya. 

“Atas nasihat peguam,kami bersetuju meneruskan saman ini demi memberi pengajaran. Terima kasih atas nasihat Netizen juga yang minta saya berbuat demikian,”

– Zulin Aziz
Zulin Aziz Mahu Saman Netizen Yang Tuduhnya Persoal Saman Siti Nordiana

Terbaru, menerusi Facebook Zulin memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap netizen yang menulis komen fitnah terhadap dirinya. 

Ujarnya, atas nasihat peguam dia mengambil tindakan berikutan kata-kata berbaur fitnah yang dilemparkan menjejaskan nama baiknya dan juga perniagannya serta untuk memberi pengajaran. Malah, Zulin turut berterima kasih kepada netizen yang memintanya berbuat demikian. 

Zulin Aziz Mahu Saman Netizen Yang Tuduhnya Persoal Saman Siti Nordiana

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Zulin dilihat ada memuat naik satu salinnan laporan polis berhubung perkara itu berserta kapsyen jumpa di mahkamah serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Cara Tersendiri TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-11

Fazli Zainal Kongsi Tahap Kesihatan Terkini, Ahmad Fedtri Yahya Pohon Doa Warganet