in ,

Ada Sebab Zulin Aziz Lancar Single TERBIAR

Farah Azleenda Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz merupakan seorang pelakon, pengacara, penyampai radio dan juga seorang komedian wanita yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air.

Beliau memulakan kariernya sebagai anak seni dengan mencuba nasib di dalam salah sebuah program realiti televisyen terbitan Suhan Movies iaitu ‘Pilih Kasih’ pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang finalis.

IMG_0689

Justeru beliau meneruskan bakat lakonannya di dalam beberapa drama dan filem di antaranya ialah Penanggal, Joyah Vs Bedah, Misiku Kuza, Lagenda Budak Setan, Suamiku Mr Perfect, dan banyak lagi.

Setelah mengorak langkah dalam bidang lakonan beliau diundang untuk menjadi pengacara untuk program yang berprestij seperti Melodi pada tahun 2015, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014.

Untuk menjadi seorang anak seni yang serba boleh beliau ingin terus mencabar dirinya dengan menjadi seorang komedian dimana beliau telah menyertai program Liga Lawak Superstar TV3 dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Beliau juga menyertai program Juara Parodi 2015 terbitan Astro, di mana program ini menggabungkan penyanyi dan pelawak popular tanahair untuk berentap di pentas dengan konsep gabungan nyanyian dan komedi.

IMG_0686

Atas pencapaian beliau sebagai seorang anak seni serba boleh maka Zulin telah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2014 untuk tiga kategori iaitu pelawak wanita popular, pengacara wanita popular dan artis baru wanita popular.

Bakat Zulin tidak berakhir di situ….KINI…beliau memperluaskan bakat sedia ada di dalam bidang nyanyian pula. Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan diluar dugaan. Kini, “Terbiar” adalah single pertama Zulin yang membawa genre bossa balada. Lagu hasil ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Khas buat peminat Zulin Aziz, lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.

zulin aziz pic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Call Me Honey Again, I Dare You

Didie Alias Lancar LEFEST