in , ,

Zul Ariffin Umum Tarik Diri Daripada ABPBH34, Rupa-Rupa Ini Sebabnya

Pelakon Popular Zul Ariffin Umum Tarik Diri Daripada ABPBH34. Pastinya Ramai Yang Tak Terkejut Setelah Melihat Perubahan Diri Zul Yang Ingin Menjadi Insan Yang Lebih Baik.

Zul Ariffin telah mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai sebarang pencalonan untuk semua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Beliau memaklumkan berita ini menerusi hantaran terbaru di Instagram.

Pengumuman dibuat khas buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya selama ini. Zul berharap peminat-peminat dapat berehat daripada terus mengundi. Malah, keputusan yang diambil itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan Berita Harian.

Zul Ariffin Umum Tarik Diri Daripada ABPBH34, Rupa-Rupa Ini Sebabnya

Ini bukanlah bermakna dia bersara daripada dunia lakonan atau mahu berhijrah. Sebaliknya dia sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Dia juga sudah bersedia ‘memanaskan’ enjin untuk kerjaya di masa akan datang.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan acara tahunan untuk mengiktiraf kerjaya penggiat seni tanah air. Tahun lepas menyaksikan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular.

Manakala pada tahun 2019, Bintang Paling Popular dinobatkan kepada pelakon dan dramatis jelita, Mira Filzah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokalis Samudera Meninggal Dunia Selepas 36 Jam Ditidurkan

Amar Asyraf Kini Lebih Berhati-Hati Semasa Hulurkan Bantuan