in , ,

Zul Ariffin Mengaku Bersalah Muat Naik Kandungan Video Sumbang

Pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.

Memetik BH Online, Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Zul tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dan memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka diiringi peguam dan rakannya.

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ezurin Khyra

Ezurin Khyra Lancar Skaf E, 10 Rekaan Yang Sesuai Untuk Semua Wanita

Neelofa | 14

Neelofa Tegur Portal Berita Terkenal Buat Tajuk Cetuskan Kecaman Netizen