in ,

Zoey Rahman Terima Hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman terkejut dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikat, Mika Series.

Hadiah itu diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36 yang bakal disambut esok. Tahniah buat Zoey!

Zoey berkata, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan itu adalah rezeki buat dirinya.

Zoey Rahman Terima Hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun

“Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.

“Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.

“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan,”

– Zoey Rahman
Zoey Rahman terima hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun

Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.

“Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,”

– Zoey Rahman

Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.

Zoey Rahman Terima Hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun
Zoey Rahman terima hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun
Zoey Rahman terima hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun
Zoey Rahman terima hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagaimana Pandemik COVID-19 Beri Kesan Penggunaan Teknologi Pada 2020?

Siapakah Juara Lagu Cinta Kita Musim Ke-2, Bakal Bawa Pulang Wang Tunai Sebanyak RM50,000?