in , ,

Zizi Kirana Selesa Dengan Imej Berniqab, Suami Beri Sokongan Padu

Penyanyi Zizi Kirana tampil menjawab dakwaan dia kini sudah berniqab secara penuh.

Memetik laporan Harian Metro, Zizi atau pemilik nama penuh Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, menafikan perkara tersebut sebaliknya meminta semua mendoakannya.

“Sebenarnya saya memang suka berniqab, cuma saya tahu kerjaya saya ini belum membolehkan saya untuk ke arah itu (berniqab).

“Apatah lagi, berniqab ini pun bukan wajib, jadi ia pilihan kita untuk pakai atau tidak. Yang penting kita tidak mencemarkan imej wanita berniqab. Disebabkan itu kita kena berhati-hati.

“Itu yang bila nampak saya sekejap berniqab dan sekejap tidak, doakanlah saja yang baik-baik. Tak perlu nak komen yang tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin hanya bersikap terbuka dengan pendirian isterinya malah menyokong penuh penghijrahan Zizi.

“Saya okay sahaja dia pakai niqab atau tidak. Mana-mana yang dia rasa selesa. Selagi dia tahu benda itu bukan perkara yang mendatangkan dosa, saya harap dia dapat mengawalnya sendiri.

“Setakat ini tiada masalah atau sebarang isu. Saya sokong saja isteri saya,” ujar Yusuf.

Zizi mula mengenakan hijab secara penuh pada pertengahan tahun 2021.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Ali Puteh Syukur Netizen Support Beli

Bekas Ratu Cantik Dedah Dicerai Suami, Mengaku Gugurkan Janin Kembar