in , , ,

Ziva Magnolya Lancar Single Terbaru MENANTI Sebagai Part 2 dari A+Z The Series

Penyanyi wanita muda berbakat, Ziva Magnolya kembali melancarkan single terbaru yang berjudul “Menanti”, sekaligus menjadi bahagian kedua daripada projek A+Z The Series yang dimulakan dengan pelancaran lagu “Tak Mungkin” oleh KIM.

“Menanti” merupakan lagu hits yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Dea Mirella dan Kahitna. Kini di bawah naungan syarikat rakaman Universal Music Indonesia, lagu tersebut diberi nafas baharu untuk dijadikan sebahagian daripada rangkaian projek Yovie & His Friends yang disajikan dalam nuansa baru serta versi yang segar, bercampur harmoni dengan karakter vokal Ziva yang khas.

Meskipun pernah dipopularkan lebih dari 2 dekad yang lalu, lirik lagu “Menanti” masih sangat relevan dengan kisah cinta yang terjadi pada zaman sekarang. Bercerita tentang penantian yang tidak pasti akhirnya.

Ziva Magnolya Lancar Single Terbaru MENANTISebagai Part 2 dari A+Z The Series

“Selalu diisi dengan janji-janji tapi pengakhirannnya masih sama degan yang lain. Kita ni menunggu, tetapi dibiarkan begitu saja,” kata Ziva bercerita tentang single terbarunya itu.

Salah satu cabaran bagi Ziva Magnolya ketika mengolah “Menanti” menjadi sebuah karya baharu dengan ciri khas vokal yang dimilikinya. Penyanyi yang berasal Jakarta ini mengakui bahawa menyajikan lagu ‘cover’ yang pernah menjadi hits itu merupakan satu cabaran yang besar buat dirinya.

“Bukan mudah kerana lagu ini pernah popular sebelum ini tetapi setelah mencuba sehabis baik, saya jatuh cinta dengan hasilnya,” ungkap Ziva.

Walaupun suasana lagunya sendu, susunannya kedengaran megah dengan harmonisasi beragam bunyian instrumen. Tanpa kehilangan gubahan khas muzik aslinya, Ziva mampu memberikan keunikan tersendiri pada lagu “Menanti” versi baharu itu melalui riff & runs.

Muzik Video bahagian ke-2 dari A+Z The Series

“Menanti” merupakan sambungan kepada A+Z The Series yang mengisahkan tentang drama Cinta antara Ziva Magnolya daengan Arsy Widianto. Muzik video “Menanti” menjelaskan cerita yang tergantung di muzik video “Tak Mungkin” oleh KIM yang merupakan bahagian pertama dari A+Z The Series.

Muzik video “Menanti” dihasilkan oleh Nocturnal Projects, arahan Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V. Lokasi penggambarannya juga di tempat yang sama dengan video muzik “Tak Mungkin” nyanyian KIM, iaitu di Korea Selatan.

Dari segi konsep, muzik video “Menanti” sengaja diberi sentuhan visual drama Korea, daripada jalan cerita, sehingga ke tona warnanya.

Ending muzik video yang “tergantung” dalam setiap lagu dari project A+Z The Series dijamin akan membuat penonton tak sabar menanti sambungannya. Tambahan pula, mata penonton akan dimanjakan dengan keindahan kota berlatar belakangkan Korea Selatan.

Tonton muzik video “Menanti” di saluran YouTube rasmi Yovie Widianto dan lagunya sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 11 Ogos 2023 yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ruffera: That Moment In Time Tour Gegarkan Kuala Lumpur

Ira Kazar Semakin Berani Kongsi Video Bersama Syamsul Yusof