in ,

Zila Bakarin Terpilih Sebagai Ikon Program Jom Celik Al-Quran

Dikenali sebagai pelakon wanita yang sinonim dengan imej seksi dan sering memainkan watak antagonis, bagaimanapun Zila Bakarin sudah pun berhijrah dan kini tampil berhijab sepenuhnya.

Tampil bertudung sejak akhir tahun lalu, penampilan Zila yang mencuri perhatian warganet telah menghadirkan pujian buatnya yang dilihat lebih manis dan cantik apabila berhijab. Lebih manis penghijrahannya itu mendapat perhatian ramai malah pelakon itu juga turut diangkat menjadi Ikon Jom Celik Al-Quran oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Menerusi Instagram, Zila ada memuat naik gambar bersama beberapa orang artis dalam majlis pelancaran program tersebut. Program itu bertujuan mengajak orang ramai agar sama-sama belajar mengaji dari awal sehinggalah khatam.

Zila Bakarin Terpilih Sebagai Ikon Program Jom Celik Al-Quran

Dalam perkongsian tersebut, Zila berdoa agar segala urusan didunia dan diakhirat kelak terus dipermudahkan oleh Allah. Dia turut menyeru agar umat Islam menjadikan al-Quran sebagai panduan dan sahabat selamanya.

Zila Bakarin Terpilih Sebagai Ikon Program Jom Celik Al-Quran

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Zila dan beberapa artis yang lain diatas perlantikan tersebut. 

Malah ramai yang memuji kecantikannya sejak bertudung.

Terdahulu, Zila berkata keputusannya untuk berhijab adalah daripada dirinya sendiri dan tiada paksaaan daripada mana-mana pihak. 

Zila berkata hatinya terdetik untuk berhijab berlaku secara tiba-tiba.

Zila Bakarin Terpilih Sebagai Ikon Program Jom Celik Al-Quran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Nadhir Nasar Kini Bergelar Juara Hero Remaja 2020

Nurflix.TV Tayang Karya Percuma Selama Tiga Bulan