in , ,

Zila Bakarin Jadi Ejen Cari Jodoh? Dalam Telemovie CEK SOM ONGAH di TV2

Telemovie santai yang satu ini pastinya mengundang gelak tawa penonton. Setelah tampil dengan telemovie ‘Pari-Pari Naik Lori” mengisi slot sama, Drama On 2 di TV2, penonton sekali lagi dijanjikan dengan tayangan telemovie mencuit hati namun menyumbang pengajaran kepada semua.

Dengan barisan pelakon utama Zila Bakarin bergandingan dengan Ako Mustapha, dan Siti Fazurina, saksikan telemovie bertajuk “Cek Som Ongah” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.  

Bagaimanakah gelagat dan aksi pelakon Zila Bakarin menghidupkan watak Cik Som, wanita pertengahan usia yang terjebak dengan aktiviti menjadi orang tengah dalam mencari jodoh. 

Baginya dia gembira dapat membantu menjodohkan seseorang yang dirasakannya sesuai untuk dijodohkan. Ramai pasangan yang telah dibantunya hingga mendirikan rumah tangga.  

Cik Som juga merupakan orang tengah yang telah berjaya mengatur jodoh antara Hanisa dengan Faizal. Begitu juga pasangan Suhaimi dengan Marhayu yang telah dipertemukan jodoh mereka.

Cek Som Ongah
Zila Bakarin Jadi Ejen Cari Jodoh? Dalam Telemovie CEK SOM ONGAH di TV2

Pada masa sama, Cik Som bukan sahaja menjual jamu dan barang kemas, dia juga turut menjual kambing. Tetapi yang lebih diutamakan Cik Som adalah pencari jodoh. Semuanya itu dilakukan secara percuma dan Cik Som sangat gembira dengan kepercayaan yang diberi kepadanya. 

Kesibukan Cik Som mencari jodoh untuk orang lain menyebabkan rumah tangganya terjejas dan suaminya terabai. Cik Som terlepas pandang dengan tanggungjawabnya yang gagal dilaksanakan.

Masihkan ada kesempatan bagi Cik Som untuk mengubah keadaan? Ataukah dia gagal mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangganya sendiri? Ikuti kesudahannya di TV2.

Telemovie ini turut dibintangi pelakon Nazeera Sardi, Adam Shahz, Zalfazin, Hazman Al-Idrus dan Danny X-Factor.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rasa Terharu, Siti Elizad Kongsi Momen Berharga Dapat Berbual dengan Tunku Azizah Pasal IVF

Scha Alyahya, Tasha Shilla, Eyka Farhana & Farah Nabilah Dilantik Jadi Rakan Produk LIVEON