Kalau sebut pasal telefon pintar, memang tak dapat lari daripada isu bateri. Bagi pengguna iPhone, masalah bateri cepat habis ibarat mimpi ngeri. Di sinilah munculnya Zfix, jenama tempatan yang kini melangkah lebih jauh dengan misi luar biasa – mencatatkan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) untuk penukaran bateri iPhone terbanyak dalam masa 12 jam.
Acara ini berlangsung di cawangan baharu Zfix di PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tarikh pun cantik, Ahad, 7 September 2025 – memang sesuai untuk jadi hari sejarah.
Dari Start-Up Tempatan Ke Harapan Industri Servis Nasional
Zfix bukan nama asing lagi. Walaupun baru ditubuhkan pada 2022, jenama ini dah berjaya rebut perhatian pengguna kerana reputasinya yang telus, profesional dan beretika. Dalam masa tiga tahun sahaja, Zfix dah bertukar daripada servis kecil kepada pemain utama dalam industri servis telefon pintar Malaysia, khususnya untuk peranti Apple.
Kini, mereka bersedia untuk buktikan keupayaan di pentas nasional. Bayangkan, lebih 1,000 unit bateri iPhonedisasarkan untuk ditukar dalam masa hanya 12 jam. Untuk merealisasikan misi ini, 30 juruteknik bertauliah akan berganding bahu bersama pasukan audit seramai 10 orang serta 5 kaunter verifikasi sah.
Kenapa Zfix Sanggup Cabar Diri?
Cubaan ini bukan sekadar nak masuk buku rekod. Ia lebih kepada membuktikan sesuatu yang besar – bahawa servis telefon pintar di Malaysia boleh dilakukan dengan piawaian global. Antara objektif utama:
- Menetapkan penanda aras kebangsaan dalam servis telefon pintar.
- Menguji ketahanan operasi Zfix bila berdepan tekanan masa sebenar.
- Menunjukkan profesionalisme industri servis dengan dokumentasi rapi dan keselamatan terjamin.
- Meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya gunakan servis sah dan alat ganti tulen iPhone.
Yang menarik, setiap proses penukaran bateri akan dibuat ikut garis panduan MBOR. Nombor siri bateri lama dan baru direkodkan dalam sistem manual dan digital, disahkan juruteknik serta penyelia, malah dirakam secara video tanpa henti. Semua bukti ini akan dihantar ke pihak MBOR dalam masa 48 jam selepas acara.
Zfix Mobile Fest: Lebih Dari Sekadar Rekod
Budiey rasa best bila Zfix tak hanya buat event ini sekadar untuk rekod. Mereka siap anjurkan Zfix Mobile Fest – sebuah festival teknologi yang sesuai untuk semua golongan. Pengunjung bukan saja dapat tengok proses tukar bateri, tapi boleh join macam-macam aktiviti:
- Pemeriksaan kesihatan telefon percuma – check bateri, check performance, semua ada.
- Bengkel mini penjagaan telefon pintar – belajar cara jaga bateri, elak rosak.
- Cabutan bertuah dengan hadiah menarik – dari aksesori ke servis percuma.
- Photo booth interaktif & TikTok challenge booth – sesuai untuk anak muda dan content creator.
- Zon kanak-kanak & ruang rehat – family friendly, siap ada makanan ringan & Wi-Fi percuma.
Ini bukan sekadar event teknikal. Zfix Mobile Fest ibarat jambatan antara pengguna, pencinta teknologi dan komuniti. Ia juga ruang untuk mendidik orang ramai tentang betapa pentingnya servis telefon yang sah dan selamat.
Zfix Mahu Bawa Standard Baru Dalam Industri
Menurut Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, Pengarah Zfix:
“Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi.”
Bagi Zfix, cabaran ini bukan sekadar nombor. Ia lebih kepada mesej penting bahawa industri servis telefon pintar Malaysia mampu bersaing dengan pemain antarabangsa, asalkan ia dibuat secara sah, telus dan diiktiraf.
Fakta Tambahan Yang Buat Acara Ini Lebih “Gila”
- Penukaran bateri iPhone biasanya ambil masa 30-45 minit, tapi dalam acara ini, prosesnya dioptimumkan dengan sistem multi-station workflow – lebih pantas tapi tetap selamat.
- Semua bateri gantian adalah tulen dan mematuhi piawaian Apple, jadi pengguna tak perlu risau tentang keselamatan.
- Lokasi dipilih di Shah Alam kerana strategiknya – mudah diakses dari Kuala Lumpur, Klang dan kawasan sekitarnya.
- MBOR akan turunkan wakil khas untuk pantau proses, jadi cubaan ini betul-betul transparent.
Info Penting Acara Zfix Mobile Fest
- Nama Acara: Zfix Mobile Fest
- Tarikh: 7 September 2025
- Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
- Lokasi: New Branch Zfix, PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam
- Anjuran: Zfix (Z Empire Sdn Bhd)
- Sasaran Rekod: 1,000+ unit bateri iPhone ditukar dalam masa 12 jam
- Hashtag Rasmi: #ZfixRecordBreaker #BatteryDoneRight
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, event ini bukan sekadar tentang tukar bateri iPhone. Ia lebih kepada manifestasi keberanian jenama tempatan untuk tampil dengan idea besar. Ramai orang selalu salah anggap servis telefon ini kerja “back alley” atau kedai kecil yang main tangkap muat. Tapi dengan langkah macam ni, Zfix buktikan servis telefon juga boleh jadi profesional, tersusun dan berstandard tinggi.
Budiey yakin kalau Zfix berjaya capai rekod ini, ia akan jadi turning point untuk industri pembaikan telefon pintar Malaysia. Pengguna akan lebih yakin hantar peranti mereka ke pusat servis bertauliah, dan dalam masa sama, ia buka peluang untuk lebih banyak jenama tempatan ikut jejak langkah ini.
Soalannya sekarang – lepas tukar 1,000 bateri dalam sehari, apa lagi rekod yang Zfix nak pecahkan?