in , ,

Zazo Maulana Pertaruhkan Single Terbaharu Berjudul DUHAI HATI

Zazo Maulana atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply, kini muncul dengan single keduanya bersama Alternate Records & Talents iaitu Duhai Hati.

Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh manakala liriknya oleh Ikhwan Fatanna dan Arisz Ab Rahman. 

Lagu Duhai Hati ini adalah berkisarkan tentang perasaan cinta yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Lagu ini dilihat sesuai menjadi lagu runut atau OST kepada drama terbaharu di slot Samarinda TV3 iaitu ‘Aku Bukan Isteri Bidaan’ yang dilakonkan oleh Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah dan ramai lagi. Drama ini telah mula diitayangkan pada 16 Mei ini. 

ZAZO

Menurut Zazo Maulana, “Saya amat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyanyikan lagu OST. Lagu Duhai Hati ini sebenarnya tidak mudah untuk dibawakan tapi saya sahut cabaran untuk menyanyikan lagu ini. Saya harapkan agar pendengar semua dan juga orang-orang yang baru mengenali saya dapat menerima lagu ini dan terus memberikan sokongan penuh kepada saya untuk lebih berkembangan.”

Zazo Maulana atau nama sebenarnya Siti Zaleha Zolkeply, bukanlah seorang pendatang baru di dalam industri muzik tanahair kerana sebelum ini beliau pernah menerbitkan beberapa buat lagu bersama komposer terkenal tanah air seperti Tam Mustafah dan berduet dengan beliau sekitar tahun 2020. Minat mendalam dalam bidang membuatkan Zazo Maulana sanggup busking bersama gitarnya di tepi jalan hingga ke luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia. 

Bakatnya semakin terserlah apabila beliau berjaya menjadi juara dalam program realiti Lagu Cinta Kita musim ke 3 bersama pasangannya Syafeek Ikhwan. Zazo Maulana seorang penyanyi versatil yang memiliki vokal range yang sangat hebat ini bukan sahaja boleh menyanyi tetapi juga beliau boleh bermain alatan muzik seperti gitar dan piano. Lebih menarik, beliau juga merupakan guru muzik untuk kanak-kanak.

Single Duhai Hati nyanyian Zazo Maulana, edaran Alternate Records & Talents  kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 20 Mei 2022.

Zazo Maulana Pertaruhkan Single Terbaharu DUHAI HATI

Butiran lagu ‘Duhai Hati’.

Artis : Zazo Maulana

Tajuk : Duhai Hati

Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Lirik : Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman

   Lirik

Verse

Aku pasti setiap insan

mendambakan pada kasih suci

Jujur saat menemani

Dan mengisi kekosongan hati

Prechorus

Sukar untuk ungkapkan segala yang dijiwa

tetap setia hinggaku melafazkannya

Chorus

Cinta bukan sekadar permainan kata

Harus hubungan dibuktikan atas keikhlasan

Cinta akan bersama menjalinkan rasa

Ku kan bersabar menantikan detik itu tiba

Verse 2

Jangan pernah kau dustakan

Dengan nada sejuta alasan

Benar inikah luahan

Atau rindu yang tidak berteman

Bridge

Biar cinta mengakhiri

Kisah duka ini

Duhai hati kan menanti

Saat bahagia

Di akhir nanti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Siti Nurhaliza Di Papan Iklan Digital New York Times Square

Lufya Omar Dedah Nak Hantar Blender Pun Kena Minta Izin Management