in , ,

Zayne Lancar Single Ya Badratim Untuk Rasulullah

Kumpulan Zayne yang baru saja melahirkan debut mereka 3 bulan yang lalu berjudul Rindu kini tampil lagi dengan sebuah single berjudul Ya Badratim.

“Single kali ini kami lancarkan bertepatan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu Rabiulawwal bagi mengajak peminat memuji Nabi dan mengingati baginda lantas memperbanyakkan selawat” ulas Furqan Fawwaz yang merupakan ketua kumpulan Zayne.

“Ya Badratim ini merupakan qasidah popular yang kami rakam semula dalam versi dwi-bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan kefahaman semua pendengar terhadap liriknya” tambah Mateen ahli Kumpulan Zayne.

Zayne

“Alhamdulillah sebelum ini saya pernah merakamkan lagu ini semasa saya masih kanak-kanak bersama kumpulan Qasidah Nurul Musthofa, juga di bawah terbitan Inteam Digital dan lagu tersebut kini telah mencecah 30 juta tontonan. Dengan sebab itu Inteam Digital merancang merakam semula Qasidah ini dalam versi terkini dibawakan oleh saya dan rakan-rakan Zayne” tambah Naufal.

Zayne

Ditanya mengenai harapan mereka terhadap video muzik lagu ini yang telah dirakamkan di Cameron Highland, Basit menjawab “Kami harap video muzik Ya Badratim ini mendapat sambutan yang baik dari semua peminat dan dapat menimbulkan kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w”

Zayne

Sejak dilancarkan minggu lalu, video muzik Ya Badratim di rangkaian Youtube Inteam Digital telah mencecah lebih 100,000 tontonan.

Single baru Ya Badratim boleh didengari melalui saluran penstriman digital seperti YouTube, Spotify, Deezer, Apple Music, KKbox dan lain-lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Lagu Separuh Akhir AJL 35, Lagu Mana Pilihan Anda?

Netizen Ramal Hannah Delisha Bakal Dikecam dalam Drama Bersiri CINTA SEKALI LAGI